Tuesday, December 2, 2014

Kewarasan Yang Ada

Minggu lepas.

Dari jauh.

Di deretan kedai tempat yang aku selalu beli my cats supplies, kelihatan kelibat seorang lelaki dengan seorang kanak - kanak perempuan kecil. Umurnya mungkin dalam lingkungan dua tahun.

Bila semakin dekat, baru aku perasan ada sepasang lagi kanak - kanak, yang wajah hampir seiras dengan si kecil tadi. Aku hampir pasti yang derang ni, adalah si abang dan kakak yang sulung. Aku anggarkan, kalau tak tahun depan mula sekolah rendah, lagi dua tahun pasti dah mendaftar darjah satu.

Si ayah tampak sedikit bengis, sekilas pandang pada raut wajahnya. Gempal, persis anggota PDRM yang dah lama dalam perkhidmatan. Bermisai, namun tak melentik. Cukup sekadar ada. Langkah nya laju, mengejar anak - anak yang berlari - lari kecil sambil aku berjalan mengekor dari belakang.

Sekali dua terdengar si ayah menengking berang dengan kerenah anak lelaki yang seolah - olah sengaja menguji kesabaran orang tuanya. Memang aku perhatikan saja kelibat si kakak dan abang; sukar dikawal. Biasalah kalau umur yang sekitar begitu, melainkan ditambatkan tali di leher saja, kalau nak budak - budak tu mengikut telunjuk perintah orang tua.

Bagi aku, kanak - kanak memang banyak stamina. Tambahan lagi kalau ruang sekitarnya luas.

Fikiran aku melayang sekejap teringatkan si Adam Qhaleef. Dia pun memang agak buas dan lasak. Dan aku masih ingat insiden dia tiba - tiba hilang macam tu saja, November tahun lepas.

Biarlah. Itu cerita lama. Cuma perlu beringat- ingat.

Aku harus segera melangkah. Biar selesai urusan dan segera sampai rumah. Langkah kaki aku lajukan, aku tinggalkan saja mereka dan kisah mereka. Pasti hilang konfrantasi ayah dan anak - anak, bisik hati kecil ku.

Sedang aku menghala keluar dari kedai, si ayah tadi melangkah masuk. Satu destinasi rupa - rupanya kita. Dia membeli sekotak rokok dan lighter. Kelibatnya seolah - olah ada yang dikejar.

Dan anak - anaknya, aku lihat, di luar kedai leka dengan mesin mainan yang disusun sebaris. Aku tahu mesin itu. Aku juga tahu, akan ada antara si anak yang pasti mahukan mainan - mainan yang penuh tersumbat di dalamnya.

Memang betul.

Si abang merengek mahukan sekeping siling lima puluh sen. Apalah sangat nilai sekeping siling berbanding hilai tawa anak - anak yang girang, puas bila hajatnya dipenuhi.

Jangkaan aku meleset bila lelaki itu mengherdik anaknya dan terus melangkah keluar sambil menarik tangan anak yang bungsu.  Dia garang. Sangat garang. Aku terasa sedikit simpati. Terbayang anak - anak di rumah.

Tiba - tiba, aku terdengar si abang menangis. Tangisannya bukan tangisan biasa. Seolah - olah dalam kesakitan. Lalu aku toleh dan aku lihat dia memegang dahinya. Dari raut wajahnya, aku tahu dia dikasari.

Lighter yang dibeli tadi sudah di lantai. Ya Allah.. lighter tu baru saja hinggap di dahi si abang.

Dosa besar apakah yang dilakukan anak sampai begitu sekali diperlakukan? Kewarasan apakah yang ada pada seorang ayah sehingga berangnya di luar kawalan?

Aku cuma mampu tunduk dan berlalu. Terasa lemah dan sangat keliru.

Menitis air mata.

Monday, November 24, 2014

Gratitude

1.

Kebelakangan ini banyak pulak dapat info tentang job vacancies. Dan kebelakangan ini juga ramai  rasanya kenalan - kenalan, yang lama dan baru minta tolong recommend kan derang jika ada peluang - peluang kerja yang sesuai.
Kebiasaannya, resume derang ialah perkara pertama yang saya minta nak tengok. Tujuannya ialah untuk kita sendiri faham kelebihan (dan kekurangan) seseorang calun sebelum kita nak recommend. Bagi yang ada kekurangan dari segi content resume, cepat - cepat saya sarankan idea - idea dan tips yang bersesuaian untuk repair resume. Ada yang dengar dan ambil kira tapi ada juga yang rasa tak perlu nak ubah. Tak apa, kita sekadar bagi cadangan. Nak ambil tak ambil, itu terpulang masing - masing.

Ada seseorang yang tak dikenali minta tolong recommend kan satu peluang pekerjaan. Memandangkan peluang yang ada ni pun untuk majikan seorang sahabat maka terpaksalah saya scan dulu potential candidate yang ada. Perbualan telefon selama lebih kurang 15 minit sudah cukup untuk memberi saya kepuasan untuk saya usulkan calun ini ke tengah.

Rezeki datang bergolek. Dalam kesukaran mendapat kerja, dia terpilih untuk shortlist 2nd round interview. Berkali - kali dia mengucapkan terimakasih bila dia ditawarkan jawatan walaupun saya jelaskan yang saya tidak terlibat langsung dalam proses pemilihan itu.

Dia rasa sangat terhutang budi.



2.

Seorang kenalan dari ofis lama baru selesai melangsungkan majlis perkahwinannya yang mana saya tak dijemput. Kenalan ini kerap mengadu kerenah tunangnya (sekarang telah sah menjadi pasangan hidup) beberapa kali dengan saya satu ketika dulu. Setakat yang mampu, saya bantu meringankan beban dengan berkongsi perkara - perkara yang saya tahu jika berdepan dengan masalah dalam relationship.

Ketika dia memerlukan nasihat tentang pekerjaan dan usaha mencari kerja baru, saya juga  kongsikan semua yang saya tahu tentang  apa yang patut dan tidak patut dibuat.


Penghargaan yang datang dari orang di sekeliling kita rupa - rupanya mempunyai nilai - nilai yang tertentu jika ianya dizahirkan pada tempat dan waktu yang bertepatan.



Thursday, May 8, 2014

Perkenalan

Dalam hidup ni, dari kecil sampai sekarang pasti kita akan bertemu atau dipertemukan dengan ramai orang. Samada seterusnya akan menjadi salah seorang kenalan/kawan/sahabat kita atau tidak bergantung kepada cara perkenalan pertama berlaku. Ada orang yang kita kenal secara formal mahupun ketika bersandar di tiang hentian bas. Ada orang yang kita rasa 'ngam' dalam semua segi. Ada juga orang yang kita tak sabar2 nak berhenti dari meneruskan perbualan dengan dia.

Saya pernah terbaca, dari setiap pertemuan akan ada sesuatu yang kita akan pelajari dari orang yang kita kenal tu dan orang itu juga akan mempelajari sesuatu dari kita. Jika pertemuan atau perkenalan itu singkat sahaja tempohnya maka itu bermaksud pelajaran yang kita telah dapat dari orang itu telah tamat silibusnya, begitu juga dia ke atas kita. Kewujudan orang tersebut dalam hidup kita akan ditakdirkan berakhir secara semulajadi.

Persoalannya ialah pertemuan yang berbagai2 ini kadang2 berakhir dengan sekejap dan seterusnya hilang dari ingatan. Dan ada yang berlanjutan sampai sekarang. Kadang2 kita hairan kenapa orang yang kita rasa harus terus wujud dalam hidup kita tiba2 senyap sunyi, hilang tanpa khabar berita.

Saya percaya itu berlaku kerana kita telah selesai urusan mendapat pelajaran yang kita perlukan dari mereka.

Terimakasih untuk semua yang datang dan pergi. Kamu akan sentiasa berada dalam ingatan saya, mahupun secara sedar atau bawah sedar.


Sunday, February 23, 2014

Nak Gaji Besar?

Ada beberapa kenalan bertanya, kalau apply kerja, berapa patut kita letak expected salary?

Jawapannya bergantung kepada samada kita ada experience kerja atau tak.

Bagi yang ada experience, roughly kenaikan yang acceptable by potential employer ialah dalam range 25%-30% dari last drawn salary. Tapi bagi yang fresh grads, chances are, majikan selalunya dah tetapkan starting salary.

Walaubagaimanapun, kita boleh juga letak expected salary ikut market rate. Salah satu sumber yang boleh digunakan ialah dengan merujuk salary report dkt website jobstreet. Tapi kena sign-up dulu lah. Contohnya click di sini.

Untuk fresh grads, terimalah seadanya salary yg potential employer expect kita terima. Sebabnya, kita belum ada job experience lagi so amatlah tak wajar nak tolak demand. Logiknya mudah saja.. kalau kita tak nak accept offer tu, orang lain bersepah lagi yang akan accept.

Ada beberapa tips gua nak share tentang expected salary ni. Untuk yang dah ada pengalaman kerja gua cadangkan korang letak expected salary yang tinggi dalam range 50% ke 60% dari current salary. Ada 2 sebab, yakni:-
1. Bila kita apply dalam range yang tinggi, application kita akan imply atau menggambarkan ability kita is worth that much. Dalam interview, tinggal nak 'jual diri' tentang ability kita tu saja. Tapi make sure kita betul2 ada ability yang kita nak jual pada panel tu.
2. Jobstreet akan email vacancy yang dalam range yg kita nak tu i.e. yang tinggi. Bila rasa ada vacancy yang sesuai sikit, just click and apply.
Jika dipanggil interview, biasanya panel akan tanya minimum kita boleh turun.. then barulah kita turunkan kepada level 25% to 30%, yakni satu kenaikan yang agak standard dari last drawn salary. Chances utk dapat job offer dari majikan adalah lebih tinggi sebab majikan dapat reduction yang banyak dari expected salary asal yang kita mintak tu.

Contoh:-
Gaji sekarang RM1,000
Apply kerja letak expected salary RM1,500 ke RM1,600 (50% to 60% higher from last drawn salary)
Bila ditanya oleh panel berapa minima yang kita sanggup turun, turunkan lah ke RM1,250 ke RM1,300 (25% to 30% higher from last drawn salary)

Gua perasan, bagi orang2 yang loyal dengan satu2 syarikat berlebih2 sangat pun, gaji derang jarang naik mencanak. Melainkan derang exceptionally outstanding dan majikan perasan ability derang.

Tapi kalau korang nak gaji naik banyak, korang kena lompat2 (read: tukar kerja) sikitlah. Namun kalau nak lompat pun, gua rasa average 1 tahun ke 1.5 tahun bekerja di satu2 majikan adalah reasonable, before korang lompat.

Selamat mencuba.

Monday, February 17, 2014

Bila Nak Panggil Interview Ni?!!

Dalam post yang terdahulu, ada gua kongsikan tips2 tertentu bila korang pergi job interview. Tapi kalau tak dipanggil untuk job interview, guaner nak guna tips2 tu, kan?

Maka, adalah lebih penting lagi untuk meningkatkan chances korang dipanggil untuk job interview.

Untuk increase chances korang dipanggil untuk interview, ada 2 main thing korang kena address, yakni:-
  • Resume atau CV
  • Job Application
Di antara tips2 yang boleh digunakan ialah:-

Resume atau CV
a. Gambar
Dalam CV korang mesti kena letak gambar kan? Tolonglah cari gambar yang sesuai. Elakkan gambar yang korang snap guna handphone sambil letak gambar pasport atas meja. Elakkan juga gambar yang pakai T-Shirt. Kalau boleh pakai kemeja, pakai tie dan blazer. Tak kisah nak apply job sebagai kerani sekalipun. Biar nampak presentable sebab itu adalah benda yg first sekali potential employer akan nampak before dia tengok nama korang dalam CV tu.

b. Font
Jangan guna font times new roman sebab font tu agak klasik. Macam typewriter. Gua cadangkan Calibri atau Helvetica supaya nampak lebih moden. Spacing plak biar sama semua. Jangan separuh guna yang sempit, separuh lebar atau bercampur. Dan jangan terlalu jarak antara setiap line. Line spacing 1.5 nampak proper. Unless in between header. In between header biar line spacing besar sikit.

c. Content
Di antara isi resume cun atau hebat atau best yang gua pernah tengok, content nya adalah seperti berikut :-
- Letakkan satu perenggan yang menceritakan kelebihan kita. Jangan kopipes dari internet sebab panel boleh detect itu bukan karangan kita sendiri. Buat malu jer.
- Gambar letak di sebelah kanan atau kiri bersebelahan dengan data peribadi seperti nama, alamat, umur dsbnya. Jangan letak gambar kat atas sekali, makan space dan tak lawa.
- Pengalaman kerja pulak biar yang paling recent sekali kat atas dituruti dengan kerja yang sebelum tu dan disusuli dengan kerja2 yang terdahulu sehinggalah pekerjaan yang pertama terletak kat bawah sekali.
- Di setiap perkerjaan, letak tarikh atau tahun bekerja termasuk tempoh bekerja disana dalam bracket supaya panel mudah zoom in kepada pekerjaan yang kita lama berada kat situ (dan yang paling singkat kita kerja).
- Tulis siap2 kenapa kita berhenti kerja di setiap employment tu jadi dia tak payah susah2 nak tanya kenapa kita berhenti.
- Make sure nama referee dan contact number dia adalah yang updated. Kalau nak letak email address referee, cuba elakkan dari letak Yahoo atau Gmail atau seangkatannya. Tak nampak professional referee kita nanti.

Job Application
a. Cover Letter
Perkara paling asas sekali, setiap job application perlu beserta cover letter atau surat lampiran memohon kerja. Jangan selamba badak hantar resume semata2. Photocopy dokumen tak perlu sertakan dulu unless dipanggil untuk interview nanti baru bawak.
Untuk meningkat kan peluang dipanggil takder cara lain melainkan menghantar sebanyak mungkin permohonan sebelum tarikh tutup beserta cover letter untuk offline application.

b. Online atau Offline
Dulu, kalau nak memohon terpaksa hantar dalam printed form atau hard copy; very costly. Sekarang dah ada JobsDB ataupun Jobstreet maka kos memohon pekerjaan jadi lebih affordable. Register lah.. lepas tu tinggal nak click jer. Dalam sehari, try click at least 10 application. Rasanya selepas seminggu, pasti ada yang mengena. Kalau tak ada juga yang mengena, guaner? Ini gua akan bagi tips lain dalam posting yang lain apa yang boleh dibuat kalau tak ada yang menangkap langsung.

c. Contacts/Kabel
Salah satu cara nak dapatkan panggilan job interview ialah dengan mencari kabel. Korang kena tebalkan muka sikit inform sanak sedara, pakcik makcik dan rakan taulan yang korang tengah tanam anggur dan sedang mencari kerja. Kadang2 ada rezeki sabut kalau cuba cara ini.

Yang sangat penting mesti jangan give up. Gua pasti rezeki korang ada kalau korang nak cari kerja atau nak tukar kerja lain, cuma kadang2 tu belum sampai masanya untuk korang jumpa saja.

Thursday, February 13, 2014

Kenapa Belum Islam Lagi?

Seseorang yang beragama Islam percaya kepada 2 perkara. Sesiapa sahaja yang percaya kepada 2 perkara ini maka, dia adalah seorang Islam. Untuk menganut agama Islam, seseorang itu hanya perlu menyebut dua perkara ini dan pada masa yang sama mempercayai di dalam hatinya tentang kesahihan apa yang diucapkan itu.

*Dua perkara ini adalah..

1. Tidak ada Tuhan yang disembah selain Allah; dan
2. Nabi Muhammad itu adalah utusan atau seorang penyampai dari Allah.

Untuk seseorang yang belum Islam dan mempunyai tujuan untuk mengetahui dan kemudiannya membolehkan dia memeluk agama Islam, perkara2 berikut saya rasa mudah diterima secara logik dan dengan akal yang waras.

Pencipta
Mesti ada sesuatu yang mencipta setiap sesuatu. Tak mungkin ada sesuatu itu wujud secara sendiri. Tengok apa saja yang ada disekeliling. Adalah tak masuk dek akal sesuatu itu tiba2 muncul tanpa ada yang membuatnya. Seperti juga manusia, tidak ada logiknya jika tidak ada pencipta kepada manusia. Maka Pencipta yang mesti diterima pakai oleh setiap manusia ialah Tuhan, iaitu Allah. Jika kamu (kita) percaya kepada adanya pencipta maka adalah logik kamu percaya adanya Allah.

Nabi atau Pengutus/Penyampai
Tuhan akan mengwujudkan sesuatu sebagai perantara antara Dia dan manusia. Atas sebab yang logik, pengutus atau penyampai itu perlulah dari kalangan manusia. Kalau pengutus itu juga adalah Tuhan, maka siapalah Allah sebagai Tuhan? Lebih baik, Dia sebagai Tuhan menyampaikan secara terus kepada manusia tentang agamaNya, kan? Dan jika Tuhan sendiri mengutus 'Tuhan' lain pula kepada manusia untuk menyampaikan kepada semua manusia tentang agama, maka kekuasaanNya sebagai Tuhan boleh dipersoalkan, betul tak? Maka adalah sangat logik jika seorang pengutus atau penyampai (iaitu juga dikenali sebagai Nabi) mestilah dari kalangan 'bangsa' manusia juga. Namun bukan semua manusia layak menjadi Nabi. Hanya mereka yang mempunyai sifat kemanusiaan yang sangat hebat sahaja terpilih menjadi Nabi.
Juga adalah amat mustahil jika penyampai itu dari kalangan selain dari manusia, yakni sebagai contoh dari kalangan Malaikat ataupun Jin/makhluk ghaib. Atas sebab yang juga agak logik, jika penyampai itu bukan dari kalangan manusia, apakah mungkin manusia dapat menerima agama jika yang menyampaikan itu fizikalnya juga tidak zahir atau wujud dari pandangan mata? Manusia akan jadi lebih konfius rasanya.

Nabi Isa (jika agama sekarang ialah Kristian)
Nabi Isa adalah seorang penyampai atau seorang yang dilantik dari kalangan manusia sebagai utusan Allah. Baik mereka yang beragama Kristian (ataupun belum Islam) mahupun orang Islam percaya kepada perkara ini. Maka logiknya, jika kita percaya seseorang itu adalah seorang penyampai (atau seorang Nabi yang menyampaikan agama Allah kepada manusia), maka adalah sangat mustahil seseorang penyampai juga pada masa yang sama adalah seorang pencipta, tak begitu? Ataupun pada masa yang sama seorang Tuhan? Tidak mustahil seorang ayah adalah pada masa yang sama seorang anak kepada dirinya sendiri. Tak logik bukan? Tidak mungkin ada sesuatu itu wujud sebagai dua benda yang berbeza di dalam satu jisim atau objek yang sama.

Nabi Muhammad
Selepas Nabi Isa dilantik sebagai utusan Allah lebih 2 ribu tahun dulu, Nabi Muhammad pula kemudiannya dilantik sebagai Nabi (kira2 1,400 tahun dahulu). Siapa2 saja tahu, bahwa bukan mereka ini sahaja yang telah dilantik sebagai Nabi, malahan terdapat ramai lagi manusia yang terdahulu dari mereka telah dilantik sebagai Nabi. Maka Allah boleh melantik sesiapa sahaja sebagai Nabi mengikut kehendaknya. Dan Dia telah menetapkan, bahawa manusia terakhir yang dilantik sebagai seorang Nabi ialah Muhammad S.A.W. Jadi persoalannya kenapa begitu? Jawapannya ialah, ketika itu juga, Dia (yakni Allah) telah melengkapkan atau make perfect satu agama untuk dianuti oleh semua manusia iaitu Agama Islam. Logiknya jika ada Nabi lain yang dilantik selepas Nabi Muhammad, maka agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad ketika itu (yang masih wujud sehingga sekarang) sudah tentu belum perfect, kan?

Seterusnya, untuk menjadi seorang yang beragama Islam, lima (5) perkara2 asas atau dikenali sebagai Rukun Islam berikut perlu diyakini dan dipraktikkan. Ianya adalah:-
  1. Mengucap Dua Kalimah Shahadah - yakni menyebut dan mempercayai perkara yang disebutkan di atas (bertanda *)
  2. Melakukan Solat/Sembahyang - bersembahyang 5 kali sehari. Untuk mengetahui tentang solat, terdapat banyak buku2 menerangkan cara untuk solat dijual di merata2 tempat. Mana2 orang Islam juga boleh mengajar cara bersembahyang. Tanyalah mereka.
  3. Berpuasa pada bulan Ramadhan - Berpuasa ni perkara yang boleh dilakukan oleh manusia kerana menahan diri dari lapar dan dahaga untuk tempoh lebih kurang sehari tak mungkin menyebabkan seseorang itu mati kelaparan. Banyak perubahan tertentu akan dirasai pada tubuh jika berpuasa. Cubalah..
  4. Mengeluarkan atau membayar zakat - lebih kurang bermaksud memberi kepada pihak lain income atau gaji yang diterima. Jumlah yang dikeluarkan sebagai zakat ini, tidak mungkin menyebabkan seseorang itu jatuh miskin. Kadar secara mudah ialah 2.5% dari income. Kalau gaji kita RM1,000, zakatnya ialah RM25 sahaja. Ada RM975 lagi baki utk kita guna sendiri.
  5. Mengerjakan haji - yang kelima ini jika kita mampu sahaja kita buat. Jika tak mampu, tidak menjadi satu kesalahan.
Kesimpulannya, Islam itu ialah agama yang mudah dan merangkumi semua perkara yang diperlukan untuk menjalani kehidupan ini. Jika telah Islam, teruskanlah mencari, mempelajari dan mempraktikkan apa yang dikehendaki oleh agama Islam. Saya pasti anda kemudiannya akan faham kenapa Islam is said to be a way of life.

Monday, February 10, 2014

Nothing Is Quite Right Anymore

You asked me how I feel.
I smiled.

And the rainbow had more than seven colours.
And that a day has more than twenty four hours.
And the sun shines next to the moon.
And nights are too long to even bear a dream.

You should already knew.

Friday, February 7, 2014

Tips Manage Pasangan

Kali ini nak bercerita tentang couple management. Dan entry ini sedikit panjang.
Applicable kepada semua jenis hubungan, samada yang telah lama bersama ataupun yang sedang bercinta, menunggu masa nak mengikat pertunangan dan seterusnya menuju ke alam perkahwinan.
Ramai orang berpendapat zaman bercinta sangat manis.
Ketika inilah rasa sayang antara pasangan itu memuncak, rasa rindu yang tak berkesudahan dan diselang-seli pula dengan cemburu yang bertalu2 menjenguk saat berjauhan.
Keadaan begini juga wujud pada pasangan yang telah lama bersama.

Nak manage pasangan bukanlah terlalu sukar. Tips2 berikut, saya nak kongsi bersama lewat keluhan seorang sahabat menceritakan masalah dia dan pasangannya:-

Situasi: Pasangan sibuk nak tengok telefon ataupun suka stalk.
Pasangan yang macam ni memang la nampak macam nak mengawal diri kita. Lambat sikit jawab SMS dah dipersoalkan. Tak jawab panggilan telefon dituduh sedang dating dengan orang lain. Bila tertinggal telefon kat mana2, dikatakan sengaja. Persoalannya kenapa jadi kronik yang macam tu? Ketahuilah, perangai yang sebegini lahir dari rasa emosi takut. Takut kehilangan pasangan; yakni hilangnya pasangan kepada pihak ketiga. Omputeh kata, the feeling of insecurity. Jadi apa ubatnya? Secara teori nya jika pasangan kita yakin yang hati kita hanya pada dia, dia tak akan jadi begitu. Maka yang praktikal untuk dibuat, antaranya ialah tunjukkan yang kita tak ada apa2 yang nak disembunyikan. Kalau telefon tu ada locking mechanism, maka kita buangkan lock tu. Letak saja telefon merata2, jangan selalu di tangan. Jadi hasilnya dia akan rasa yang kita tak ada apa2 yang nak disembunyikan.

Situasi: Pasangan cepat naik angin.
Pasangan yang cepat naik angin ni bergantung kepada jantina. Kerap kali, orang lelaki yang baran. Pantang silap tutur kata, perbuatan mahupun perhatian alamat keluar asap dan api lah ikut lubang telinganya. Orang perempuan jarang2 ada yang baran sebab kerap kali dia berdiam diri bila marah (orang lelaki selalu konfius tentang hal ni maka perlukan entry lain kalau nak bercerita panjang lebar). Maka tips ni lebih sesuai untuk kaum hawa sebab yang menyimpan sakitnya kerap kali mereka.
Now, apa nak buat bila dia mula naik angin? Perkara paling efektif sekali ialah mengiyakan saja apa yang terhambur dari mulut dia. Tak payah bangkang sebab bangkangan ni bertindak macam minyak petrol; api 'hangin' akan bertambah besar. Bila kita tak bangkang bukan bermaksud dia betul ataupun kita salah. Tujuannya hanyalah untuk defer dulu persoalan siapa betul, siapa salah. Persoalan yang lebih penting lagi pada saat tu ialah nak sejuk kan si dia dulu. Selepas dia dah sejuk, baru lah timbulkan balik perkara yang asal tadi. Lelaki ni memang pelik sikit, lubang telinga dia macam ada penutup kalau tengah hangin. Cuma bila sejuk baru telinga dia mendengar. Bila dia dah mula mendengar tu, akan jadi mudah bagi dia menerima kenyataan kalau dia yang salah.

Situasi2 lain bergantung kepada jika ada sesiapa yang nak tahu secara spesifik,  boleh lah tinggalkan situasinya di ruangan komen kat bawah ni..

Tuesday, February 4, 2014

Rindu 101 - Made Easy Step by Step Guide

Bila rindu..
Ada dua kemungkinan;
1. Rindu pada selain kekasih; atau
2. Rindu pada kekasih.
Jika rindu pada selain kekasih, sila tunggu sekejap.
Jika rindu pada kekasih, ada dua kemungkinan;
1. Rindu pada kekasih orang lain; atau
2. Rindu pada kekasih sendiri.
Jika rindu pada kekasih orang lain, sila tunggu sekejap.
Jika rindu pada kekasih sendiri, ada dua kemungkinan;
1. Kekasih sendiri tidak rasa rindu kat kita; atau
2. Kekasih sendiri juga rasa rindu kat kita.
Jika kekasih sendiri tidak rasa rindu kat kita, sila tunggu sekejap.
Jika kekasih sendiri juga rasa rindu kat kita, ada dua kemungkinan;
1. Tak boleh jumpa untuk melepaskan rindu; atau
2. Boleh jumpa dan melepaskan rindu.
Jika tak boleh jumpa untuk melepaskan rindu, sila tunggu sekejap.
Jika boleh jumpa dan melepaskan rindu, ada dua kemungkinan;
1. Hidup semakin kronik; atau
2. Hidup kembali normal.
Jika hidup semakin kronik, sila tunggu sekejap.
Jika hidup kembali normal, ada dua kemungkinan.
1. Terasa bosan pada kekasih; atau
2. Terasa rindu pada kekasih.
Jika rasa bosan pada kekasih, sila tunggu sekejap.
Jika rasa rindu pada kekasih, ulang semula dari atas.

Selepas tunggu sekejap, sila buat bodoh!

Tuesday, January 28, 2014

Good Luck

Tahun 2014 dah nak dekat sebulan berlalu.

Awal tahun 2013, gua ada buat azam dengan harapan it would have given me some changes-in-life.

Dan dengan review yang gua buat sendiri selepas sebulan berlalu tahun 2014 ni, gua rasa gua punya level of achievement adalah dalam range 50% sahaja.
Maka oleh itu, untuk tahun 2014 gua akan terus continue dengan azam tahun lepas. Harap2 boleh achieve 100% target.

On top of azam tahun lepas yang gua carry forward, gua nak top up sikit azam untuk tahun 2014 ni.

1. Gua nak re-activate balik KL Street Drummers yang agak low profile dalam tahun 2013.

2. Gua plan nak siapkan buku yang gua mentioned kat sini.

3. Jack the Greenie akan gua jinakkan. Get a new Jack!.. this Jack berjaya melarikan diri dari rumahnya (read:sangkarnya) semalam, 4 Feb 2014. Gua baru submit request ke Jabatan Perhilitan utk dapatkan lesen bela Jack on the same day. [updated today, 5th Feb 2014]

Ini ialah Jack yang telah berada di bawah tanggungan gua sejak 24hb Januari 2014.



Good luck untuk diri sendiri!

Thursday, January 23, 2014

Nombor

Dalam hidup ni, kerjaya aku berkisar tentang wang ringgit. Selepas habis sekolah menengah dulu, aku memang tak tahu apa yang aku minat atau berhasrat nak jadi bila berada di alam pekerjaan. Bapak aku yang decide untuk aku belajar Perakaunan. Pergh, giler stress nak mamps tengok nombor2 ni satu ketika dulu. Mana tak nya, matematik SPM dapat 5 ke 6 ntah.. Matematik Tambahan terus fail dapat 9. Pendek kata kalau takder kakeleter memang hancus ler. Tak reti aku nak congak 7x8 tu berapa jawapannya.. Time belajar pun malas, semuanya cukup2 makan ja result exam.

Tapi, itu dulu.

Sekarang baru aku tahu rupanya aku ni slow learner. Dah tua2 begini baru la faham apa benda yang aku belajar 15 ke 20 tahun dulu. Hahahaha...

Sehingga ke hari ini, hanya sekali sahaja aku pernah kerja dalam bidang yang tak berkaitan dengan nombor - nombor. Waktu tu, Sunway Lagoon baru buka dan aku kerja dekat fast food outletnya, Captain Quack. Aku suka buat kerja goreng burger patty tu dan kadang2 jaga kaunter kat depan. Time tu baru sedar rupanya aku memang suka kerja yang banyak senyum dan bercakap dengan orang sepanjang hari.

Lagi sebulan aku akan tinggalkan tempat kerja sekarang ni. Bercampur2 jugak rasa suka dan hibanya. Walaupun kerja belum sampai setahun, ramai staf2 kat sini yang dekat di hati. Rasa sedih gak nak tinggalkan kawan2 yang satu kepala ni.

Tapi, itu sekarang.

Dulu? Hahahaha.. stress minda setengah mati dengan benda2 yang tak berfaedah memang sangat tak berguna.

Chiow.

Thursday, January 9, 2014

Kuat Melenting

Kadang - kadang aku memang agak kasar. Melenting pun iya jugak. Aku pun kadang2 tak paham pesal aku cepat sangat naik darah.
Tapi kalau nak dibandingkan melenting aku dulu dengan melenting aku sekarang.. dulu lagi teruk.
Dulu pantang lari alignment sikit dengan apa dalam benak aku, laju jer darah naik dan mulut jadi bacul.

Sekarang dah banyak berkurang mungkin sebab aku dah berumur. Sebelum terpacul keluar apa2 dari mulut ni otak sempat lagi menjadi rasional. Bukan sebab otak tu yang cepat tapi mulut aku ni yang lambat.

Satu benda aku perasan, kadang2 bila aku antar text ke, bunyinya agak kasar lah. Tapi sebenarnya niat aku baik. Nak cepat lah kut jadi apa2 yang sempat jer lah ditaip. Tak reti aku nak menggunakan bahasa Melayu baku macam jawab exam tu.

Apa2pun, just for the record.. sesaper yang tegur aku kuat melenting tu, aku terima dengan hati terbuka sebab itu satu peringatan untuk cuba ubah lah. Dan aku ucapkan terimakasih sebab memerhati tingkah aku.

Dan aku yakin selagi umur meningkat, tahap aku cepat melenting tu pun akan jadi bertambah slow.

Dah. Nak balik.

Babai.

Monday, January 6, 2014

Mengganggur? Lepas ni tak payah lagi dah.

Posting kali ini gua rasa penting memandangkan kenaikan harga barang yang mencanak kebelakangan ni membuatkan ramai dari kita yang mungkin rasa nak tukar kerja baru supaya boleh dapat gaji lebih sikit ataupun korang rasa dah sampai masa cari duit sendiri dari tidur sepanjang hari kat rumah mak bapak ngkorang.

Gua senaraikan kat bawah nun 5 tips tentang bagaimana nak meningkatkan kebarangkalian korang mendapat kerja. Tips2 ni datang dari sumber - sumber berikut:-
  • bahan bacaan tentang temuduga
  • pengalaman menjadi panel penemuduga; dan
  • pengalaman gua sendiri mencari kerja

Pertama : Mesti tenang/cool sepanjang masa interview
Bila ngkorang pergi interview tu, kurangkanlah rasa nervous tu. Anggap lah panel tu sebagai kengkawan saja. Sessi interview yang relex dan dalam mode berborak boleh memberi signal yang korang jenis orang yang tak kelam kabut dan maintain cool bila korang dapat kerja tu. Satu cara yang gua praktikkan ialah kita jangan terlalu mengharap nak dapat kerja sebab dalam keadaan macam tu kita jadi stress. Assume saja calun lain lebih baik dari kita jadi kita takder lah rasa tertekan bila 'menjual' diri sepanjang interview.

Kedua : Find out nama panel interviewer.
Ini penting sebab dapat memberi gambaran yang kita menghormati dan mempunyai daya ingatan yang bagus. Cuba tanya petugas siapa nama panel temuduga sebelum masuk bilik interview. Sekali2 bila menjawab soalan, sebut nama panel (yang bertanya) di awal jawapan. Contoh:-

"Err..En Azman, untuk makluman En Azman, saya perlukan 2 bulan notis untuk berhenti kerja".

Ketiga : Jawapan jangan standard la.
Adalah normal dalam sesi interview akan ada soalan2 standard. Untuk soalan2 yang sebegini, kita seharusnya dah ready dengan jawapan yang bakal keluar dari mulut sebelum kita masuk bilik interview. Saya sarankan, bila kita dah ada skrip jawapan yang nak di beri, kita tanya balik soalan berikut pada diri sendiri.

"Adakan jawapan yang bakal aku beri ni ada kemungkinan sama dengan jawapan candidate lain?"

Jika jawapan soalan ni YA, then hampir perlu untuk korang revise balik skrip jawapan korang.

Panel sebenarnya akan ataupun telah lama bosan mendengar skrip jawapan yang sama setiap masa soalan2 standard ditanya. Jawapan yang 'luar dari kotak' akan lebih menarik minat derang. Pastikan skrip jawapan korang tak mungkin terpacul dari mulut candidate lain OK.

Keempat : Korang harus mampu menyumbang lebih dari expected
Biasanya dalam iklan jawatan kosong, akan ada job scope atau responsibilities yang akan disenaraikan dalam iklan jawatan kosong yang korang baca. Untuk tips keempat ni, ada 3 steps.
First, korang mesti pastikan setiap line job scope tu boleh di cross check dengan experience korang yang tersenarai dalam resume. Sebabnya ialah kalau tak match, chances korang akan jadi slim. Company dah tentu tak nak buang masa employ korang kalau korang cuma mampu buat 80% dari job scope yang derang nak, kan?
Secondly, korang kena highlight pada panel yang korang takder masalah langsung nak deliver sebab apa yang tertulis kat iklan jawatan kosong tu korang ada experience. At this point, suruh panel rujuk korang punya resume.
Lastly (and very importantly), korang mesti make it a point that, korang boleh deliver more than expected. More than expected ni bermaksud, panel expect korang boleh buat apa yang derang nak tapi dengan apa yang korang ada (atau experience), korang mampu bagi lebih dari itu. Tapi jangan berjanji bulan dan bintang pulak. Be reasonable lah.

Kelima : Penutup harus dengan soalan yang ohsem.
Sangat biasalah panel suka tanya soalan standard yakni samada korang ada apa2 nak tanya tak di penghujung sesi interview. Dan juga adalah hampir standard calun2 akan bertanya bila derang boleh dapat jawapan samada dapat atau tak kerja yang dipohon. Untuk soalan penutup, gua cadangkan korang bagi soalan ni.

"Boleh tak saya tahu criteria yang sebagaimana yang tuan lihat ada pada saya sehingga tuan decide nak shortlist untuk interview pada hari ini".

Soalan macam ni akan pulang paku buah keras pada panel sebab dia pulak nak kena pikirkan apa nak jawab. Korang pun nampak sedikit inteligent. Korang juga boleh guna respon dari panel untuk sesi interview kat tempat lain bila korang di tanya soalan tentang criteria yang korang ada.

Semoga berjaya.