Wednesday, August 28, 2013

Mimpi Mainan Tidur

Saya susah nak tidur. Selalunya bila anak dan isteri nyenyak diulit mimpi saya masih lagi terkial2 memikirkan apa lagi yang nak dibuat.
In fact bila dah terasa sangat lewat dan masa tidur akan jadi pendek baru saya masuk ke bilik. Itupun, still dgn hp di tangan samada bermain game ataupun menjenguk fb sampailah mata terasa berat. Tandanya mengantuk tu bila mata tertutup tanpa kawalan ataupun hp terlepas dari tangan, baru lah saya tidur.
Maka, oleh sebab tidur yg sebegitu, saya sangat susah nak bermimpi. Sedar2 saja, dah pagi.
Tetapi bila bermimpi, saya akan tertanya2 ttg mimpi itu. Sekadar tertanya2 knp tapi taklah smp ke tahap percaya pada mimpi.
Pagi tadi saya bermimpi. Mimpi yang berbelit2 dan mungkin juga tak masuk dek akal. Seringkali bila kita bermimpi, mimpi itu kerap begitu. Berbelit2 tanpa hujung pangkal tak seperti drama dalam tv yang teratur dan berklimaks.
Ada 3 perkara yang saya ingat selepas terbangun.
Yang pertama tentang bisnes. Tentang plan bisnes nak buat hotel di kawasan tasik. Kelakarkan?
Keduanya tentang kekasih lama yang wujud secara tetiba secara bersahaja sedangkan dah agak lama saya tak in contact dgn dia kerana perselisihan faham. Ada adegan X-rated berlaku dan tak perlu diceritakan secara detail di sini. Dia hamil. Saya sempat menyentuh baby bum dia. Lagi kelakar kan?
Lastly, selipar jepun yg selalu saya pakai ke surau putus bila saya sarungkan kaki. Huh.. agak kelakar lah sehingga saya tanya Mr. Google apa maksudnya selipar yang putus. Now, ini tidak kelakar rupanya.
Tak percaya, tanyalah dia.

posted from Bloggeroid

Rezeki Itu Tidak Mati

Lately beberapa kematian orang yg dikenali secara direct atau indirect berlaku dalam tempoh yang singkat.
Kekadang, senyap. Kehidupan seolah2 sehingga infiniti.
Selalunya, bercakap tentang kematian, kita jadi risau. Yang peliknya kerisauan itu bukan tentang bekal yang kita bawa mengadap Yang Esa tetapi lebih kepada bekal duniawi yang akan ditinggalkan buat mereka yang bergantung pada kita. Lantas, insuran nyawa merupakan jaminan yang selalu dipekakkan ke telinga kita oleh agen2 yang seolah berada di mana2 sahaja.
Tapi kenyataan yang kita selalu lupa ialah rezeki itu ketentuan Allah. Maka jika kita tiada sekali pun di dunia ini, rezeki buat mereka akan sentiasa ada. Rezeki kita masing2 telah Allah tetapkan sejak roh ditiupkan pada jasad lagi. Atau mungkin lebih awal dari itu. Jadi wajarkah kita risau?
Belum pernah lagi saya dengar bila meninggal saja si pencari rezeki maka berduyun2 lah tanggungannya meninggal kerana tak cukup makan.
Rezeki itu hak Allah. Kita cuma sekadar dipinjamkan saja.

posted from Bloggeroid

Tentang Aniaya

Setengah2 dari kita sering lupa bila kita dianiaya, kita sebenarnya dalam keadaan yang sangat menguntungkan.
Tindakan refleks bila dalam keadaan begitu kerapkali ialah rasa sedih, murung dan tertanya2 mengapa kita yang terkena. Malahan lebih teruk lagi kita akan mencari akal cara yang bagaimanakah paling sesuai, berkesan dan lebih menyakitkan untuk membalas perbuatan orang yang menganiaya kita.
Pada waktu itulah syaitan mula berbisik dengan suara yang paling enak bahawa membalas dendam adalah pilihan terbaik buat kita.
Memang betul bila fikiran berkecamuk bercampur segala macam emosi negatif, kita mudah terikut2 perasaan.
Cara terbaik mengatasi masalah penganiayaan atas kita ialah berdoa. Minta, malahan merayulah pada Allah supaya kita diberi jalan keluar yg terbaik. Bila sampai kepada nak berdoa ni pun, syaitan tak akan berputus asa. Percayalah. Dia akan bisikkan pada kita bahawasanya dengan dosa yang banyak, mana mungkin Allah kabulkan doa kita.
Pada ketika inilah, kita harus sedar bahawa Allah sentiasa bersedia mendengar permintaan (doa) kita. Allah sebut dalam Al Quran berulangkali yang Dia akan mendengar dan makbulkan doa dan permintaan hamba2Nya. Itu janji Allah. Apa yang perlu kita lakukan ialah yakin bahawa Allah mendengar sepertimana kita yakin kewujudanNya.
Cara terbaik ialah yang pertama sekali mohon pada Allah supaya diampunkan dosa kita terlebih dahulu kerana kita leka dan lupa padaNya bila kita dalam keadaan senang. Buat solat taubat dulu. Istigifar banyak2. Wujudkan rasa kesalan yang bersungguh2 dalam diri kita. Kemudian, mohonlah pada Allah apa yang kita hajati.
Insyaallah, kita dicipta olehNya tak lain tak bukan ialah untuk menyembahNya. Mana mungkin sang pencipta mencipta sesuatu dan kemudian membiarkan ciptaannya terumbang ambing tanpa hala tujuan. Pencipta mana tidak sayang pada hasil ciptaannya?

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 20, 2013

Blogging

It is getting easier to post what is in your mind when you are on the move with this application called Bloggeroid.
I suppose, I didn't post any entries since the last one because it was difficult to penned down any thoughts when I am in the office. Most of the time, I am facing with the dilemma of doing personal things when the time should be spent doing what you are paid for by the company you are working with.