Monday, April 8, 2013

Rezeki itu Allah yang bagi

Alhamdullillah. Harus saya panjatkan rasa kesyukuran kepada yang Maha Pemurah pada saat ini kerana membuka pintu rezeki buat saya. Perancangan Dia jauh lebih hebat dari apa yang minda saya mampu rancangkan.
Dalam seminggu dua ni, Insyaallah saya akan meninggalkan tempat saya mencari rezeki sekarang. Genap 8 tahun pada Mac lepas saya contribute kepada organisasi ini. Alhamdullillah, Bos saya sekarang sangat best seingat saya selama berada di sini. Jarang2 dapat bos yang mcam ni. Saya doakan Allah permudahkan dan perbanyakkan rezeki dia. Di saat saya perlu mencari kerja sebelum join organisasi ni, dia pula mencari orang menggantikan staff dia yang berhenti. Percaturan Allah menetapkan kehendak dia dan kehendak saya bertemu. Agaknya sebab tu lah saya lama di sini. Ini organisasi ke-dua terlama saya berkhidmat. Yang terlama waktu buat kerja2 audit dulu, lagi sebulan nak lengkap 10 tahun. Pheww..
Dalam setahun kebelakangan, saya saja gatal tangan submit resume di jobstreet. Tak pernah terpanggil untuk interview langsung. Mungkin sebab saingan yang ramai. Tapi takder lah ralat sangat sebab bukannya saya bersungguh2 sangat nak berhenti pun. Tapi saper tahu qada dan qadar kita, kan?
Sejak awal tahun, melalui beberapa info yg saya baca di internet, saya praktikkan beberapa perkara, yakni..
1. Bersedekah - yang ni agak susah sebab nak elak dari rasa riak. Apa saya cuba lakukan ialah bila nak sedekah tu, tumpukan minda pada perbuatan itu untuk mencari redha Allah. Saya ulang ayat tu di minda, over & over again. Dengan harapan, hati mendengar  bisikan minda. Alhamdullillah, saya perasan ada perubahan dari segi rezeki saya. Datangnya dari sumber yang tak terduga.
2. Niatkan untuk betul cara hidup - Ini pengamatan saya atas seorang sahabat yang saya nampak rezeki dia bertambah murah. Maka, saya cuba usahakan supaya hidup ini lebih dekat dengan Islam. Saya minta doa supaya mendapat kerja yang bebas dari riba' atau faedah. Ye lah, organisasi sekarang ni, pelaburan dalam investment yang conventional ada unsur2 faedah. Jadi, gaji saya pun ada unsur2 itu. Alhamdulillah, rasanya Allah makbulkan doa saya.
Untuk pembaca blog ini, jika pun ada selain dari mereka2 yang saya tahu ada membaca, saya sarankan kita cubalah ubah cara hidup kepada yang dekat dengan Islam. Sambil berusaha, berserahlah pada Allah kerana jika sesuatu itu baik utk kita, Allah akan permudahkannya tanpa kita perlu bersusah payah nak memikirkan sendiri.
Seriously, dalam bab rezeki ni.. minta lah dengan Allah. Takdak cara lain. Tapi kalau nak minta kena pastikan kehidupan kita mengikut landasan dan batasan2 dalam Islam. Maybe tidak sepenuhnya tapi menuju ke arah itu pun memadai sebab Allah mendengar bisik hati dan keinginan kita. Insyaallah, jadi mudah.