Monday, February 17, 2014

Bila Nak Panggil Interview Ni?!!

Dalam post yang terdahulu, ada gua kongsikan tips2 tertentu bila korang pergi job interview. Tapi kalau tak dipanggil untuk job interview, guaner nak guna tips2 tu, kan?

Maka, adalah lebih penting lagi untuk meningkatkan chances korang dipanggil untuk job interview.

Untuk increase chances korang dipanggil untuk interview, ada 2 main thing korang kena address, yakni:-
  • Resume atau CV
  • Job Application
Di antara tips2 yang boleh digunakan ialah:-

Resume atau CV
a. Gambar
Dalam CV korang mesti kena letak gambar kan? Tolonglah cari gambar yang sesuai. Elakkan gambar yang korang snap guna handphone sambil letak gambar pasport atas meja. Elakkan juga gambar yang pakai T-Shirt. Kalau boleh pakai kemeja, pakai tie dan blazer. Tak kisah nak apply job sebagai kerani sekalipun. Biar nampak presentable sebab itu adalah benda yg first sekali potential employer akan nampak before dia tengok nama korang dalam CV tu.

b. Font
Jangan guna font times new roman sebab font tu agak klasik. Macam typewriter. Gua cadangkan Calibri atau Helvetica supaya nampak lebih moden. Spacing plak biar sama semua. Jangan separuh guna yang sempit, separuh lebar atau bercampur. Dan jangan terlalu jarak antara setiap line. Line spacing 1.5 nampak proper. Unless in between header. In between header biar line spacing besar sikit.

c. Content
Di antara isi resume cun atau hebat atau best yang gua pernah tengok, content nya adalah seperti berikut :-
- Letakkan satu perenggan yang menceritakan kelebihan kita. Jangan kopipes dari internet sebab panel boleh detect itu bukan karangan kita sendiri. Buat malu jer.
- Gambar letak di sebelah kanan atau kiri bersebelahan dengan data peribadi seperti nama, alamat, umur dsbnya. Jangan letak gambar kat atas sekali, makan space dan tak lawa.
- Pengalaman kerja pulak biar yang paling recent sekali kat atas dituruti dengan kerja yang sebelum tu dan disusuli dengan kerja2 yang terdahulu sehinggalah pekerjaan yang pertama terletak kat bawah sekali.
- Di setiap perkerjaan, letak tarikh atau tahun bekerja termasuk tempoh bekerja disana dalam bracket supaya panel mudah zoom in kepada pekerjaan yang kita lama berada kat situ (dan yang paling singkat kita kerja).
- Tulis siap2 kenapa kita berhenti kerja di setiap employment tu jadi dia tak payah susah2 nak tanya kenapa kita berhenti.
- Make sure nama referee dan contact number dia adalah yang updated. Kalau nak letak email address referee, cuba elakkan dari letak Yahoo atau Gmail atau seangkatannya. Tak nampak professional referee kita nanti.

Job Application
a. Cover Letter
Perkara paling asas sekali, setiap job application perlu beserta cover letter atau surat lampiran memohon kerja. Jangan selamba badak hantar resume semata2. Photocopy dokumen tak perlu sertakan dulu unless dipanggil untuk interview nanti baru bawak.
Untuk meningkat kan peluang dipanggil takder cara lain melainkan menghantar sebanyak mungkin permohonan sebelum tarikh tutup beserta cover letter untuk offline application.

b. Online atau Offline
Dulu, kalau nak memohon terpaksa hantar dalam printed form atau hard copy; very costly. Sekarang dah ada JobsDB ataupun Jobstreet maka kos memohon pekerjaan jadi lebih affordable. Register lah.. lepas tu tinggal nak click jer. Dalam sehari, try click at least 10 application. Rasanya selepas seminggu, pasti ada yang mengena. Kalau tak ada juga yang mengena, guaner? Ini gua akan bagi tips lain dalam posting yang lain apa yang boleh dibuat kalau tak ada yang menangkap langsung.

c. Contacts/Kabel
Salah satu cara nak dapatkan panggilan job interview ialah dengan mencari kabel. Korang kena tebalkan muka sikit inform sanak sedara, pakcik makcik dan rakan taulan yang korang tengah tanam anggur dan sedang mencari kerja. Kadang2 ada rezeki sabut kalau cuba cara ini.

Yang sangat penting mesti jangan give up. Gua pasti rezeki korang ada kalau korang nak cari kerja atau nak tukar kerja lain, cuma kadang2 tu belum sampai masanya untuk korang jumpa saja.

2 comments: