Thursday, February 13, 2014

Kenapa Belum Islam Lagi?

Seseorang yang beragama Islam percaya kepada 2 perkara. Sesiapa sahaja yang percaya kepada 2 perkara ini maka, dia adalah seorang Islam. Untuk menganut agama Islam, seseorang itu hanya perlu menyebut dua perkara ini dan pada masa yang sama mempercayai di dalam hatinya tentang kesahihan apa yang diucapkan itu.

*Dua perkara ini adalah..

1. Tidak ada Tuhan yang disembah selain Allah; dan
2. Nabi Muhammad itu adalah utusan atau seorang penyampai dari Allah.

Untuk seseorang yang belum Islam dan mempunyai tujuan untuk mengetahui dan kemudiannya membolehkan dia memeluk agama Islam, perkara2 berikut saya rasa mudah diterima secara logik dan dengan akal yang waras.

Pencipta
Mesti ada sesuatu yang mencipta setiap sesuatu. Tak mungkin ada sesuatu itu wujud secara sendiri. Tengok apa saja yang ada disekeliling. Adalah tak masuk dek akal sesuatu itu tiba2 muncul tanpa ada yang membuatnya. Seperti juga manusia, tidak ada logiknya jika tidak ada pencipta kepada manusia. Maka Pencipta yang mesti diterima pakai oleh setiap manusia ialah Tuhan, iaitu Allah. Jika kamu (kita) percaya kepada adanya pencipta maka adalah logik kamu percaya adanya Allah.

Nabi atau Pengutus/Penyampai
Tuhan akan mengwujudkan sesuatu sebagai perantara antara Dia dan manusia. Atas sebab yang logik, pengutus atau penyampai itu perlulah dari kalangan manusia. Kalau pengutus itu juga adalah Tuhan, maka siapalah Allah sebagai Tuhan? Lebih baik, Dia sebagai Tuhan menyampaikan secara terus kepada manusia tentang agamaNya, kan? Dan jika Tuhan sendiri mengutus 'Tuhan' lain pula kepada manusia untuk menyampaikan kepada semua manusia tentang agama, maka kekuasaanNya sebagai Tuhan boleh dipersoalkan, betul tak? Maka adalah sangat logik jika seorang pengutus atau penyampai (iaitu juga dikenali sebagai Nabi) mestilah dari kalangan 'bangsa' manusia juga. Namun bukan semua manusia layak menjadi Nabi. Hanya mereka yang mempunyai sifat kemanusiaan yang sangat hebat sahaja terpilih menjadi Nabi.
Juga adalah amat mustahil jika penyampai itu dari kalangan selain dari manusia, yakni sebagai contoh dari kalangan Malaikat ataupun Jin/makhluk ghaib. Atas sebab yang juga agak logik, jika penyampai itu bukan dari kalangan manusia, apakah mungkin manusia dapat menerima agama jika yang menyampaikan itu fizikalnya juga tidak zahir atau wujud dari pandangan mata? Manusia akan jadi lebih konfius rasanya.

Nabi Isa (jika agama sekarang ialah Kristian)
Nabi Isa adalah seorang penyampai atau seorang yang dilantik dari kalangan manusia sebagai utusan Allah. Baik mereka yang beragama Kristian (ataupun belum Islam) mahupun orang Islam percaya kepada perkara ini. Maka logiknya, jika kita percaya seseorang itu adalah seorang penyampai (atau seorang Nabi yang menyampaikan agama Allah kepada manusia), maka adalah sangat mustahil seseorang penyampai juga pada masa yang sama adalah seorang pencipta, tak begitu? Ataupun pada masa yang sama seorang Tuhan? Tidak mustahil seorang ayah adalah pada masa yang sama seorang anak kepada dirinya sendiri. Tak logik bukan? Tidak mungkin ada sesuatu itu wujud sebagai dua benda yang berbeza di dalam satu jisim atau objek yang sama.

Nabi Muhammad
Selepas Nabi Isa dilantik sebagai utusan Allah lebih 2 ribu tahun dulu, Nabi Muhammad pula kemudiannya dilantik sebagai Nabi (kira2 1,400 tahun dahulu). Siapa2 saja tahu, bahwa bukan mereka ini sahaja yang telah dilantik sebagai Nabi, malahan terdapat ramai lagi manusia yang terdahulu dari mereka telah dilantik sebagai Nabi. Maka Allah boleh melantik sesiapa sahaja sebagai Nabi mengikut kehendaknya. Dan Dia telah menetapkan, bahawa manusia terakhir yang dilantik sebagai seorang Nabi ialah Muhammad S.A.W. Jadi persoalannya kenapa begitu? Jawapannya ialah, ketika itu juga, Dia (yakni Allah) telah melengkapkan atau make perfect satu agama untuk dianuti oleh semua manusia iaitu Agama Islam. Logiknya jika ada Nabi lain yang dilantik selepas Nabi Muhammad, maka agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad ketika itu (yang masih wujud sehingga sekarang) sudah tentu belum perfect, kan?

Seterusnya, untuk menjadi seorang yang beragama Islam, lima (5) perkara2 asas atau dikenali sebagai Rukun Islam berikut perlu diyakini dan dipraktikkan. Ianya adalah:-
  1. Mengucap Dua Kalimah Shahadah - yakni menyebut dan mempercayai perkara yang disebutkan di atas (bertanda *)
  2. Melakukan Solat/Sembahyang - bersembahyang 5 kali sehari. Untuk mengetahui tentang solat, terdapat banyak buku2 menerangkan cara untuk solat dijual di merata2 tempat. Mana2 orang Islam juga boleh mengajar cara bersembahyang. Tanyalah mereka.
  3. Berpuasa pada bulan Ramadhan - Berpuasa ni perkara yang boleh dilakukan oleh manusia kerana menahan diri dari lapar dan dahaga untuk tempoh lebih kurang sehari tak mungkin menyebabkan seseorang itu mati kelaparan. Banyak perubahan tertentu akan dirasai pada tubuh jika berpuasa. Cubalah..
  4. Mengeluarkan atau membayar zakat - lebih kurang bermaksud memberi kepada pihak lain income atau gaji yang diterima. Jumlah yang dikeluarkan sebagai zakat ini, tidak mungkin menyebabkan seseorang itu jatuh miskin. Kadar secara mudah ialah 2.5% dari income. Kalau gaji kita RM1,000, zakatnya ialah RM25 sahaja. Ada RM975 lagi baki utk kita guna sendiri.
  5. Mengerjakan haji - yang kelima ini jika kita mampu sahaja kita buat. Jika tak mampu, tidak menjadi satu kesalahan.
Kesimpulannya, Islam itu ialah agama yang mudah dan merangkumi semua perkara yang diperlukan untuk menjalani kehidupan ini. Jika telah Islam, teruskanlah mencari, mempelajari dan mempraktikkan apa yang dikehendaki oleh agama Islam. Saya pasti anda kemudiannya akan faham kenapa Islam is said to be a way of life.

No comments: