Thursday, November 28, 2013

Kehilangan Permata Hati

Semalam anak gua yang paling kecil berumur tak sampai 2 tahun tu hilang lebih kurang jam 7.30 malam.
Budak kecik umur macam tu memang belum pandai menilai risiko bahaya.
Dia berjalan keluar dari rumah tanpa disedari sebab pintu pagar tak bertutup rapat.
Dia memang laju kalau tak diperhatikan betul2. Laju memandangkan dia bolehlah dikatakan baru jugak lah 'mendapat kaki'.
Kebolehan dia menyelinap keluar menyebabkan tak ada orang perasan.
Gua pun tak berapa pandai nak menyelinap keluar dari rumah tanpa disedari sang isteri.

Nak cari time macam tu memang susah nak nampak sebab memang dah gelap sekitar waktu itu.
Cari punya cari, rupanya dia dah lebih kurang 50m ke 70m, berjalan jauh dari rumah.
Ada orang jumpa. Nasib baik.
Rasanya kalau lagi lama cari tak jumpa, pasti lagi jauh dia berjalan. Berjalan ikut sedap kaki melangkah.

Sang isteri sangat tersentuh, menitis air mata dia. Walaupun selepas dah jumpa.
Tak mampu nak bayangkan kalau apa2 yang tak elok terjadi.
Kena gigit anjing ke.
Jatuh dalam longkang ke.
Orang bawak balik buat anak sendiri ke.
Huh.. the list could go on and on.

Malamnya, Adam Qhaleef dapat layanan yang istimewa.
Kami tak mampu, walaupun sekadar nak berdiri, kalau dia betul2 hilang tak jumpa langsung.
Baru lah betul2 terasa pentingnya dia dan kewujudannya dalam kehidupan kami.

II
Nabi Ibrahim a.s. mendapat arahan dari Allah supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s.
Pastinya jika disembelih, maka hilang lah dari pandangan sesuatu yang sangat bermakna pada Nabi Ibrahim a.s., yakni seorang zuriat.
Sekarang baru gua dapat selami apa yang Nabi Ibrahim a.s. rasa ketika mula2 mendapat arahan yang sebegitu.

Hebatnya para Nabi2. Ketakwaan dan keredhaan mereka pada kepatuhan arahan Yang Maha Esa tak mampu digalas pada level yang sebegitu oleh sesiapa saja pada abad ini.

Kawan2 yang dihormati, beringat2lah dengan apa yang kita ada.
Kalau ditakdirkan kehilangan sesuatu yang amat berharga pada kita, mampukah kita menghadapinya?
Bayangkan lah.

No comments: