Tuesday, November 26, 2013

Manage life

I

Bila beberapa orang kawan yang sama2 belajar dulu masing2 mula sambung belajar, hati gua tergerak nak turut serta. Rasanya dah sampai masa gua further studies. Memandangkan beberapa perkara dah gua settlekan sepanjang dua tahun yang baru lalu, gua rasa gua pasti boleh concentrate sambung belajar untuk tempoh dua tahun lagi.

Semalam gua kasik notice sama boss nak masuk lambat sebab nak hantar application form. Kalau tak kerana tujuan ini pun, gua agak pasti akan masuk lambat; sebab pagi tadi hujan turun sangat lebat. Beberapa jalan yang biasanya agak smooth, pagi tadi penuh dengan kereta yang berhimpit2, menyesakkan jalanraya.

Bergerak, cuma perlahan. Terhenjut2 macam siput.

Selesai urusan di IPTA, gua singgah sarapan di restoran mamak yang biasanya ketika bujang dulu adalah restoran mamak yang paling banyak gua buang masa melepak tengok ASTRO. Hidangan ruji gua teh tarik dan roti telur bawang garing adalah pilihan. Cuma gua perasan satu benda tadi pagi; teh tarik dah semakin kurang manisnya. Roti telur pun dah semakin kurang telurnya. Bawang dia je yang secukup rasa. Agaknya subsidi harga bawang masih belum ditarik balik oleh gomen.

II

From across the table, gua perasan ada seorang lelaki yang asyik memerhati gua dari gua mula duduk. Curi2 pandang, gua rumuskan dia seorang lelaki berbangsa India, agak berumur dan bertongkat, berkaca mata bingkai hitam persis orang muda. Seperti biasa dengan segelas teh tarik di atas meja.

"How are you?", dia menyapa sambil tersenyum. Menunggu peluang untuk membuka bicara lagaknya. Gua setakat senyum tak bersuara. Agaknya kalau pepagi suara gua masih lagi tak sampai ke anak tekak, berputar2 di dalam perut yang belum di isi.

Tetiba dia tanya gua kalau dia boleh tumpang makan semeja.

"Why not", gua balas. Gua memang tak pernah ralat kalau ada yang nak tumpang semeja. Apalah lagi kalau yang meminta seorang wanita. Dasar pria. Ada kemungkinan jugak gua yang melompat pulling out the chair for her. Tapi dia hanya seorang tua. Biar dia usaha - bisik hati kecil gua.

Dalam telo yang kadang2 gua jadi konpius, uncle ni bercerita tentang kisah dia.

Seorang ex Air Force.
Umurnya dalam lingkungan 60an. Pasti sudah pencen.
Dia kemalangan motorsikal setahun yang lalu, which explains kenapa dia bertongkat.
Katanya dia fasih berbahasa Cina, India dan juga Siam. Gua pura2 percaya.
Ada 3 anak lelaki yang dah besar panjang. Wife died a long time ago.
Dr. M idolanya. Katanya Dr. M berdarah India, dari Kerala. Gua pun sama.

Dalam berbicara, dia banyak memberi nasihat. Biasa lah orang tua memang suka begitu.
Semua gua dengar, satu persatu mirip seorang anak mendengar amanat bapa.

"Young man, I see that you don't talk much".

"Many people like to talk so I decided that I want to listen to your stories this morning".

Dia senyum. Gua pun senyum. Dan dia terus bercerita.

III

More often than not there are things we should not do in life.
For many reasons. Feeling guilty is one of them.
Sometimes we did'nt even realise we are already doing these things thinking we are still at contemplating stage.
Manage the guilt. Manage the outcome. Manage life.

#People change, things go wrong, shit happens but life goes on.

No comments: