Thursday, October 10, 2013

Tenang Sampai Ke Petang

Today is a good day.
In fact, every day must be a good day if you want it to be one.
Saya selalu practice berfikiran positif. Kadang2 pepagi, bila bangun saja dan terbayangkan kacau bilau yang mungkin berlaku kat opis, terus saya tukarkan mind set kepada benda2 yang positif.
So far dengan practice yang macam ni memberi ketenangan dari pagi sampai ke petang.

Sometime, bila kat opis berlaku benda2 yang agak kelakar awal2 pagi.. maka seterusnya sehingga ke petang, Insyaallah will be ok. Saya suka keadaan yang sebegitu. Saya suka pagi2 yang dimulakan dengan rasa positif. Pagi mesti dimulakan dengan senyuman. Samada pada orang lain atau pada diri sendiri.

Tapi kebelakangan ni, berlaku banyak benda2 yang menguji kesabaran dan ketenangan saya terutama sekali di tempat kerja. Agaknya Tuhan ingin menguji saya. Ini pun saya suka. Sebabnya ialah bila kita dah rasa macam nak terduduk dihentam bertubi2, tetapi kalau tetiba kita teringat yang kehidupan ni semua sudah diatur sebaiknya oleh Allah maka kita akan jadi sangat rilex. Kita hilang rasa takut.

Kerapkali orang takut bersuara kerana risau dikatakan melawan dan nanti kena buang kerja.

Saya tidak sedikit pun rasa risau seandainya sesuatu berlaku pada punca rezeki saya sekarang. Saya sangat yakin rezeki saya bukan ketentuan manusia. Allah yang bagi rezeki. Tambah2 lagi bila isteri sedang menunggu hari ni, lagi lah saya suka sebab rezeki saya akan bertambah nanti. Yang penting, jangan sombong dan bongkak, lantas mengatakan pada diri kita kononnya kedudukan kita sekarang adalah hasil dari kehendak kita sendiri. Itu tak betul. Itu saya jaga. Hal begini semua kita orang Islam kena jaga.

Kedengaran orang berbisik saya berkahwin sehingga cukup kuota. Kelakar haih.. saya nak tambah lagi satu pun takut apalah lagi nak tambah sampai 4. Eh.. jangan silap. Bukan takut bini tapi takut Allah. Takut tak mampu nak berlaku adil.

Cerita2 begini juga buatkan hari2 saya jadi lebih tenang sampai ke petang.

Terima kasih.



No comments: