Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
In the name of Allah, the Most Gracious, the Ever Merciful.
..ataupun kadang2 juga di terjemahkan seperti berikut;
In the name of God, Most Gracious Most Compassionate.
Kemungkinan besar terjemahan di atas bergantung kepada siapa yang menyebutnya, samada a believer ataupun a non-believer. Dan mungkin juga dipengaruhi oleh tempat seseorang itu berada ketika menyebut kalimah ini. Pada saya, kedua2 perkara ini bukan faktor melainkan jika kita berada di Malaysia.
Negara tercinta ini telah melalui satu proses undang2 yang membuang masa dan usaha hanya kerana setengah2 pihak ingin mempunyai hak mutlak ke atas sesuatu yang sebenarnya tidak boleh dipertandingkan untuk menjadi hak sesiapa.
Itu pendapat saya.
Walaubagaimanapun, yang lebih penting daripada itu ialah tentang maksud sebenar Maha Pengasih ataupun the Most Gracious.
Al Rahman itu diterjemahkan sebagai Maha Pengasih di dalam Bahasa Melayu.
Tetapi kasih yang sebagaimana nak kita rujukkan untuk mudah difahami jika kasih ini adalah yang teragung?
Kasih sang Pencipta terhadap ciptaanNya.
Lebih hebat dari kasih sesama insan.
Lebih hebat dari kasih manusia kepada harta pemilikannya.
Mungkin sukar nak difahami.
Di dalam bahasa Arab, Al Rahman itu berasal dari perkataan asas rahim.
Rahim ini merujuk kepada rahim yang wujud di dalam tubuh seorang ibu.
Ketika sang ibu mengandung anak di dalam rahimnya, si ibu sudahpun berasa kasih kepada kandungannya itu.
Rasa kasih ini tidak pula dirasai oleh anak yang dikandung. Si anak masih belum faham apa2pun tentang perasaan itu arakian kewujudannya juga masih belum sempurna untuk mampu memahami atau merasai kasih si ibu. Begitu tingginya tahap kasih sehingga yang dikasihi itu sendiri pun tidak mampu merasai perasaan yang wujud keatasnya.
Begitulah ibaratnya.
Tidak hanya sekadar Maha Pengasih.
No comments:
Post a Comment