Anak2 saya dari perkahwinan yang pertama dah besar. Which is, a bit scarry.
Tempohari, abang bergambar dengan seorang kawan perempuan dia. I got a bit nervous.
Kita tahu sebab kita juga melalui zaman remaja yang ingin mencuba pelbagai benda2 yang pada waktu itu hanya mak dan ayah kita saja yang tahu baik dan buruknya. Pada kita, simple saja. Itu benda baru, kan? Aku mesti cuba, baru aku tahu. Mak & ayah boleh terus membebel sehingga kucing tumbuh tanduk.
Isteri tetiba bertanya satu soklan yang merujuk kepada gambar tersebut. Saya hanya mampu buat lawak bodoh tetapi di dalam ni Tuhan saja yang tahu apa perasaan sebenar. Hanya mampu berdoa, minta Allah bagi jalan mendidik anak2 yang dah besar panjang dari jauh. Bukan senang nak memikirkan apa yang bermain2 di fikiran anak2 yang terpisah dengan Laut Cina Selatan ni.
Dulu, ketika umur saya seperti anak sulung sekarang, tahap kenakalan saya sangat luar biasa. Kalau nak diceritakan di sini sangatlah membuka pekung di dada. Kita banyak mencuba benda2 yang tak masuk dek akal, tapi kita rasa sangat bersyukur Allah dah tetapkan perjalanan kita berada di landasan yang tidak menyimpang jauh dari kehidupan normal seorang manusia.
Agaknya kalau difikir2kan balik, sangat2 scarry di mana saya mungkin berada pada masa sekarang jika landasan dulu itu masih lagi menjadi satu model kehidupan sehingga sekarang.
Kawan2 yang saya hormati, zuriat itu satu amanah. Biar bagaimana teruk sekali pun perangai kita, berpura2lah di depan mereka, jika perlu, kerana mereka belajar bukan melalui apa yang terdengar di halwa telinga sahaja. Mereka lebih kerap belajar melalui apa yang dilihat melalui anak mata.
Begitulah kita satu masa dulu.
No comments:
Post a Comment