Tuesday, October 1, 2013

Abang nak tambah lagi satu?

Indahnya Islam.
Dijaganya wanita lebih dari dijaganya lelaki.
Orang yg tak paham dan belum Islam  mengatakan adalah satu penganiayaan keatas perempuan bila terpaksa tutup aurat lah, kena bermadu lah.. tambahnya lagi lelaki boleh kawen 4 dsbnya. Women rights diperjuangkan.

Cuba fahami ni..

Andaikan lah di dalam satu kampong tu ada seorang perempuan yg sudah berkahwin.
Dan ada pula seorang lelaki yang sangat2 suka kat dia.
Tapi dia tak boleh nak bersama dengan perempuan tu sebab perempuan tu dah berkahwin. Rugikan lelaki tu..?

Dia sayang dan suka gila tapi tak dibenarkan kahwin sebab perempuan tu dah kawin.

Sekarang.. bayangkan pula begini..

Dalam satu kampong tu ada seorang lelaki yang sudah berkahwin.
Dan ada seorang perempuan yang suka kan dia.. (mungkin sebab waraknya, atau ilmunya, rupa paras, harta dsbnya)
Maka oleh kerana suka, dia boleh berkahwin dengan lelaki itu WALAUPUN lelaki itu sudah berkahwin asal saja lelaki itu tidak mempunyai 4 orang isteri..

Nampak tak untungnya perempuan itu?

Maka jika seseorang itu bukan Islam, adalah mustahil dia akan nampak kenapa Islam menjaga wanita lebih baik dari menjaga lelaki.

Cuma, kadang2 orang Islam sendiri tak mencari pemahaman agamanya sebaik mungkin.. dan tak melihat indahnya deen itu dari pandangan mata hati.

Just imagine kalu semua orang paham.. takder punya orang nak marah bila bermadu.

Dalam Islam, isteri itu adalah ditanggung lakinya, betul tak?
Dan laki pulak kena sediakan semua yang perlu untuk menanggung isterinya.
Maka kalau ini dapat disempurnakan, maka dibolehkan pada dia menambah isteri.

Simple. Ke sukar?

Perempuan pula, jika faham redha suaminya itu memboleh kan dia masuk syurga dengan mudah pasti tidak akan menentang kehendak suaminya nak tambah isteri.
Menentang tu pun dah salah, sebab hukum Islam membenarkan. Hati2 ye..

Padahal, utk perempuan masuk syurga boleh bilang dengan jari apa yang dia kena buat.. jaga aurat, jaga solat, jaga kemaluannya, jaga keperluan suami dsbnya.. (rasanya tak sampai 10 perkara begitu)

Tapi yang sikit ini lah yg perempuan tak boleh nak buat, maka berduyun2 lah yang menuju ke neraka nanti. Nauzibillahiminanzallik

Nak handle ujian bermadu kena faham agama dahulu. Then baru jadi mudah. Sedangkan solat pun kekadang terlepas pandang, nah bagaimana nak face ujian2 lain dari Allah?

Sebab tu kalau orang lelaki faham agamanya betul2, dia susah nak tambah bini.. tanggungjawab dan syarat bersifat adil pada isteri2 bukanlah sesuatu yang mudah.
Apa anda sanggup tanggung dosa tak berlaku adil?
 
Dosa2 yang di bawa sendiri ni pun kalau boleh nak pass kat sesaper yang sanggup..

(Diinspirasikan dari kuliah Ustadz Nouman)

No comments: