Bila marah tak dapat dibendung, kerap kali manusia akan melepaskannya macam bom. Meletup. Bukan senang nak sabar. Kalau mudah, Allah tak sebut berulang kali dalam Quran tentang, "orang2 yang sabar". Allah tak akan mengingatkan hambaNya supaya Sabar dalam banyak benda melainkan Dia sudah tahu bahawasanya sabar itu sesuatu yang sukar bagi hambaNya.
Samalah juga dengan berpuasa. Dalam Al Quran, cuma sekali disebut tentang peringatan berpuasa. Kalau tak silap dalam ayat yang terletak somewhere di tengah2 Surah Al Baqarah. Manakala, peringatan tentang menunaikan solat ni merata2 dalam Al Quran. Pelik kan? Tak pelik kalau kita faham sifat Allah. Allah Maha Mengetahui. Allah kan tahu kerenah makhluk ciptaanNya. Dia sudah tahu, manusia ni mudah menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi sukar nak solat.
Manusia ni pun kadang2 kelakar bila membesarkan anak. Bila masuk bulan puasa, diajar anak berpuasa bersungguh2 tetapi sepanjang kehidupan kanak2 mereka, solat pula tak menjadi sesuatu yang penting diajar bersungguh2.
Manusia lupa jika kanak2 faham kewajipan bersolat, kewajipan2 lain yang secondary seperti berpuasa atau membayar zakat akan menjadi lebih mudah untuk dia buat dan faham kenapa dia kena buat.
Hari ini ada orang hilang sabar dalam lif di tempat kerja saya. Saya tahu kenapa dia hilang sabar. Lif tu berhenti di hampir semua tingkat. Dia mungkin nak terkucil.
Hari ini ada seorang kawan yang hilang sabar kerana merasakan dia hilang hampir kesemua benda2 atau perkara penting yang berada di sekeliling dia selama ini.
Hari ini juga saya tengok budak kaunter kat Mc Donald tu ucap 'Selamat Datang' kat customer dia sebaik saja customer tu melangkah ke depan; dan customer tu pun dengan selamba tanpa rasa bersalah ucap 'Selamat Datang' jugak.
Hmmmph.. boleh bikin hilang sabar kalau begitu.
No comments:
Post a Comment