Thursday, July 2, 2015

Teori Konspirasi Politik Aku Punya

Ini teori konspirasi yang aku pikir sendiri. Tak mengambil kira pandangan sesiapa. Dan mungkin bersandarkan kepada perkara - perkara yang berlaku dan dalam pengetahuan aku. Perkara yang aku tidak tahu maka tidak menjadi asas melahirkan teori ini walaupun perkara itu telah berlaku.

Setelah sekian lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan sebagai pejuang rakyat. Apabila dia disumbat di dalam penjara, Tun Mahathir telah melonjak sebagai spoke person rakyat dalam perkara - perkara yang rakyat dah lama merungut.

Sokongan kepada Tun M bertambah dari hari ke hari. Sokongan datang dari ahli - ahli penyokong parti kerajaan sekarang dan juga ahli - ahli parti penyokong Pakatan Rakyat.

Sampai masanya Tun M akan wujudkan satu lagi parti yang akan menarik kesemua penyokong2 beliau termasuk warlord2 dalam parti UMNO.

PM Najib akan mendapat imbuhan yang sewajarnya untuk dia berundur.

Negara tidak jatuh ke tangan Pakatan jua akhirnya walaupun BN bergolak bagai nak rak baik UMNO mahupun MIC. MCA mungkin telah menjadi tidak relevan.

Parti2 di dalam Pakatan yang bergolak akan terus berpecah dimana golongan PAS ulamak akan bertaut dengan kumpulan Pro Tun M.

Saki - baki UMNO pro Najib akan bergabung dengan PKR dan DAP membentuk gerombolon pakatan pembangkang yang reborn.

Wednesday, June 17, 2015

Peluang


Alhamdullillah.

Setelah menunggu begitu lama, melihat dan hanya mampu untuk berdiam diri.

...

Lega.

My Mom is back now.

She left when Adam Qhaleef was still a baby. He is 3 yrs plus now.

Pembuka bulan yang mulia ini, Allah beri sekali lagi peluang untuk berbakti pada ibu.

InsyaAllah, akan abang usahakan yang terbaik.

And I pray to God that you will never leave again.




Tuesday, June 2, 2015

He is married. Now what?

A friend got involved with a man who is already married.

At some point, I am glad that there is a man who is willing to listen to her stories and to be there for her when she needed someone to talk to.

My only worries is how will the relationship ends.

It is only perfect if they ended up in marriage. Regardless that love is to be shared. And every single significant thing in life, needs to be divided into two. And may turned into, three or four.

Hence, some tips if you ever get involved with a married man.

1. Be sure of what you are getting into.
Accept the fact that you going to be hurt and lonely, once in a while. You must not go into that relationship in order to conquer and destroy his marriage. There will be many people involved; his kids, current wife/wives, his in-laws, parents, friends etc. Not only you and him. Maintain the thought that you are not destroying the family/happiness of others but to complement them.

2. Is he serious enough?
Try and figure out what are his intentions. Some married men simply likes to flirt. Do not interpret that wrongly. Nonetheless, there are some who are serious enough about marrying another woman and they know for sure that they are able to sustain the relationship (post-marriage), financially and emotionally. There is nothing wrong with asking the man about his intentions. Some man gave reasons that their marriage is in trouble so they are looking for a way out. A man would faced his problems not run away from it.

3. Meet up with his wife.
Ask to meet up with his presence. If he is serious enough, this is not really a big thing. After all, you would need to maintain good relationship with the wife later; ultimately both of you will be sharing the love of the same man.

In life, sometimes, you just can't avoid falling into relationships. You can only plan and that is just it, the most that you can do. But do plan so that you'd be the one sought after not the one seeking. I'll cover this in future entries. God's willing.

Ultimately, Allah decides who shall be your partner in this life.




Monday, May 25, 2015

Tentang Harapan

This is going to be a short one.

Harapan I

I've not been taking wedding photos for quite some time. Memang teringin tetapi memandangkan masa sangat terhad kena tangguhkan dulu.

Masa lebih banyak diperuntukkan untuk habiskan studies ni. Tinggal sikit ja lagi.. sabarlah yer wahai hati. Dengan izin Allah, dalam setahun lagi settle lah. Itupun dalam diam ada keinginan juga mengejar pangkat pada nama. Angan2 menggunung. Tak mahu kalah dengan kemampuan diri.
Biar aku jatuh tersungkur tapi tersungkur selepas aku berlari dari sekadar memerhati.

My Dad is one of my motivation factor. Dia belajar bila usia dia dah meningkat. Rasanya orang panggil dia Prof. Hmmm.. PHD lah tuh kut. Harapan aku, one day anak2 aku akan tengok aku seperti mana aku tengok my dad. Let me be their inspiration.

Harapan II

Some of the couples that I took their wedding photos are my facebook friends. Jadi bila kehidupan derang expanded, aku rasa happy yang susah nak describe. It is as if I was part of their becoming into one, as well as multiplying into more than two.

Dan aku juga rasa sedih bila aku tengok for some of them, their marriage is in trouble.

If only I can do more than what I am allowed to.



Tuesday, December 2, 2014

Kewarasan Yang Ada

Minggu lepas.

Dari jauh.

Di deretan kedai tempat yang aku selalu beli my cats supplies, kelihatan kelibat seorang lelaki dengan seorang kanak - kanak perempuan kecil. Umurnya mungkin dalam lingkungan dua tahun.

Bila semakin dekat, baru aku perasan ada sepasang lagi kanak - kanak, yang wajah hampir seiras dengan si kecil tadi. Aku hampir pasti yang derang ni, adalah si abang dan kakak yang sulung. Aku anggarkan, kalau tak tahun depan mula sekolah rendah, lagi dua tahun pasti dah mendaftar darjah satu.

Si ayah tampak sedikit bengis, sekilas pandang pada raut wajahnya. Gempal, persis anggota PDRM yang dah lama dalam perkhidmatan. Bermisai, namun tak melentik. Cukup sekadar ada. Langkah nya laju, mengejar anak - anak yang berlari - lari kecil sambil aku berjalan mengekor dari belakang.

Sekali dua terdengar si ayah menengking berang dengan kerenah anak lelaki yang seolah - olah sengaja menguji kesabaran orang tuanya. Memang aku perhatikan saja kelibat si kakak dan abang; sukar dikawal. Biasalah kalau umur yang sekitar begitu, melainkan ditambatkan tali di leher saja, kalau nak budak - budak tu mengikut telunjuk perintah orang tua.

Bagi aku, kanak - kanak memang banyak stamina. Tambahan lagi kalau ruang sekitarnya luas.

Fikiran aku melayang sekejap teringatkan si Adam Qhaleef. Dia pun memang agak buas dan lasak. Dan aku masih ingat insiden dia tiba - tiba hilang macam tu saja, November tahun lepas.

Biarlah. Itu cerita lama. Cuma perlu beringat- ingat.

Aku harus segera melangkah. Biar selesai urusan dan segera sampai rumah. Langkah kaki aku lajukan, aku tinggalkan saja mereka dan kisah mereka. Pasti hilang konfrantasi ayah dan anak - anak, bisik hati kecil ku.

Sedang aku menghala keluar dari kedai, si ayah tadi melangkah masuk. Satu destinasi rupa - rupanya kita. Dia membeli sekotak rokok dan lighter. Kelibatnya seolah - olah ada yang dikejar.

Dan anak - anaknya, aku lihat, di luar kedai leka dengan mesin mainan yang disusun sebaris. Aku tahu mesin itu. Aku juga tahu, akan ada antara si anak yang pasti mahukan mainan - mainan yang penuh tersumbat di dalamnya.

Memang betul.

Si abang merengek mahukan sekeping siling lima puluh sen. Apalah sangat nilai sekeping siling berbanding hilai tawa anak - anak yang girang, puas bila hajatnya dipenuhi.

Jangkaan aku meleset bila lelaki itu mengherdik anaknya dan terus melangkah keluar sambil menarik tangan anak yang bungsu.  Dia garang. Sangat garang. Aku terasa sedikit simpati. Terbayang anak - anak di rumah.

Tiba - tiba, aku terdengar si abang menangis. Tangisannya bukan tangisan biasa. Seolah - olah dalam kesakitan. Lalu aku toleh dan aku lihat dia memegang dahinya. Dari raut wajahnya, aku tahu dia dikasari.

Lighter yang dibeli tadi sudah di lantai. Ya Allah.. lighter tu baru saja hinggap di dahi si abang.

Dosa besar apakah yang dilakukan anak sampai begitu sekali diperlakukan? Kewarasan apakah yang ada pada seorang ayah sehingga berangnya di luar kawalan?

Aku cuma mampu tunduk dan berlalu. Terasa lemah dan sangat keliru.

Menitis air mata.

Monday, November 24, 2014

Gratitude

1.

Kebelakangan ini banyak pulak dapat info tentang job vacancies. Dan kebelakangan ini juga ramai  rasanya kenalan - kenalan, yang lama dan baru minta tolong recommend kan derang jika ada peluang - peluang kerja yang sesuai.
Kebiasaannya, resume derang ialah perkara pertama yang saya minta nak tengok. Tujuannya ialah untuk kita sendiri faham kelebihan (dan kekurangan) seseorang calun sebelum kita nak recommend. Bagi yang ada kekurangan dari segi content resume, cepat - cepat saya sarankan idea - idea dan tips yang bersesuaian untuk repair resume. Ada yang dengar dan ambil kira tapi ada juga yang rasa tak perlu nak ubah. Tak apa, kita sekadar bagi cadangan. Nak ambil tak ambil, itu terpulang masing - masing.

Ada seseorang yang tak dikenali minta tolong recommend kan satu peluang pekerjaan. Memandangkan peluang yang ada ni pun untuk majikan seorang sahabat maka terpaksalah saya scan dulu potential candidate yang ada. Perbualan telefon selama lebih kurang 15 minit sudah cukup untuk memberi saya kepuasan untuk saya usulkan calun ini ke tengah.

Rezeki datang bergolek. Dalam kesukaran mendapat kerja, dia terpilih untuk shortlist 2nd round interview. Berkali - kali dia mengucapkan terimakasih bila dia ditawarkan jawatan walaupun saya jelaskan yang saya tidak terlibat langsung dalam proses pemilihan itu.

Dia rasa sangat terhutang budi.



2.

Seorang kenalan dari ofis lama baru selesai melangsungkan majlis perkahwinannya yang mana saya tak dijemput. Kenalan ini kerap mengadu kerenah tunangnya (sekarang telah sah menjadi pasangan hidup) beberapa kali dengan saya satu ketika dulu. Setakat yang mampu, saya bantu meringankan beban dengan berkongsi perkara - perkara yang saya tahu jika berdepan dengan masalah dalam relationship.

Ketika dia memerlukan nasihat tentang pekerjaan dan usaha mencari kerja baru, saya juga  kongsikan semua yang saya tahu tentang  apa yang patut dan tidak patut dibuat.


Penghargaan yang datang dari orang di sekeliling kita rupa - rupanya mempunyai nilai - nilai yang tertentu jika ianya dizahirkan pada tempat dan waktu yang bertepatan.



Thursday, May 8, 2014

Perkenalan

Dalam hidup ni, dari kecil sampai sekarang pasti kita akan bertemu atau dipertemukan dengan ramai orang. Samada seterusnya akan menjadi salah seorang kenalan/kawan/sahabat kita atau tidak bergantung kepada cara perkenalan pertama berlaku. Ada orang yang kita kenal secara formal mahupun ketika bersandar di tiang hentian bas. Ada orang yang kita rasa 'ngam' dalam semua segi. Ada juga orang yang kita tak sabar2 nak berhenti dari meneruskan perbualan dengan dia.

Saya pernah terbaca, dari setiap pertemuan akan ada sesuatu yang kita akan pelajari dari orang yang kita kenal tu dan orang itu juga akan mempelajari sesuatu dari kita. Jika pertemuan atau perkenalan itu singkat sahaja tempohnya maka itu bermaksud pelajaran yang kita telah dapat dari orang itu telah tamat silibusnya, begitu juga dia ke atas kita. Kewujudan orang tersebut dalam hidup kita akan ditakdirkan berakhir secara semulajadi.

Persoalannya ialah pertemuan yang berbagai2 ini kadang2 berakhir dengan sekejap dan seterusnya hilang dari ingatan. Dan ada yang berlanjutan sampai sekarang. Kadang2 kita hairan kenapa orang yang kita rasa harus terus wujud dalam hidup kita tiba2 senyap sunyi, hilang tanpa khabar berita.

Saya percaya itu berlaku kerana kita telah selesai urusan mendapat pelajaran yang kita perlukan dari mereka.

Terimakasih untuk semua yang datang dan pergi. Kamu akan sentiasa berada dalam ingatan saya, mahupun secara sedar atau bawah sedar.