Dalam hidup ni, dari kecil sampai sekarang pasti kita akan bertemu atau dipertemukan dengan ramai orang. Samada seterusnya akan menjadi salah seorang kenalan/kawan/sahabat kita atau tidak bergantung kepada cara perkenalan pertama berlaku. Ada orang yang kita kenal secara formal mahupun ketika bersandar di tiang hentian bas. Ada orang yang kita rasa 'ngam' dalam semua segi. Ada juga orang yang kita tak sabar2 nak berhenti dari meneruskan perbualan dengan dia.
Saya pernah terbaca, dari setiap pertemuan akan ada sesuatu yang kita akan pelajari dari orang yang kita kenal tu dan orang itu juga akan mempelajari sesuatu dari kita. Jika pertemuan atau perkenalan itu singkat sahaja tempohnya maka itu bermaksud pelajaran yang kita telah dapat dari orang itu telah tamat silibusnya, begitu juga dia ke atas kita. Kewujudan orang tersebut dalam hidup kita akan ditakdirkan berakhir secara semulajadi.
Persoalannya ialah pertemuan yang berbagai2 ini kadang2 berakhir dengan sekejap dan seterusnya hilang dari ingatan. Dan ada yang berlanjutan sampai sekarang. Kadang2 kita hairan kenapa orang yang kita rasa harus terus wujud dalam hidup kita tiba2 senyap sunyi, hilang tanpa khabar berita.
Saya percaya itu berlaku kerana kita telah selesai urusan mendapat pelajaran yang kita perlukan dari mereka.
Terimakasih untuk semua yang datang dan pergi. Kamu akan sentiasa berada dalam ingatan saya, mahupun secara sedar atau bawah sedar.
No comments:
Post a Comment