Thursday, October 10, 2013

Tenang Sampai Ke Petang

Today is a good day.
In fact, every day must be a good day if you want it to be one.
Saya selalu practice berfikiran positif. Kadang2 pepagi, bila bangun saja dan terbayangkan kacau bilau yang mungkin berlaku kat opis, terus saya tukarkan mind set kepada benda2 yang positif.
So far dengan practice yang macam ni memberi ketenangan dari pagi sampai ke petang.

Sometime, bila kat opis berlaku benda2 yang agak kelakar awal2 pagi.. maka seterusnya sehingga ke petang, Insyaallah will be ok. Saya suka keadaan yang sebegitu. Saya suka pagi2 yang dimulakan dengan rasa positif. Pagi mesti dimulakan dengan senyuman. Samada pada orang lain atau pada diri sendiri.

Tapi kebelakangan ni, berlaku banyak benda2 yang menguji kesabaran dan ketenangan saya terutama sekali di tempat kerja. Agaknya Tuhan ingin menguji saya. Ini pun saya suka. Sebabnya ialah bila kita dah rasa macam nak terduduk dihentam bertubi2, tetapi kalau tetiba kita teringat yang kehidupan ni semua sudah diatur sebaiknya oleh Allah maka kita akan jadi sangat rilex. Kita hilang rasa takut.

Kerapkali orang takut bersuara kerana risau dikatakan melawan dan nanti kena buang kerja.

Saya tidak sedikit pun rasa risau seandainya sesuatu berlaku pada punca rezeki saya sekarang. Saya sangat yakin rezeki saya bukan ketentuan manusia. Allah yang bagi rezeki. Tambah2 lagi bila isteri sedang menunggu hari ni, lagi lah saya suka sebab rezeki saya akan bertambah nanti. Yang penting, jangan sombong dan bongkak, lantas mengatakan pada diri kita kononnya kedudukan kita sekarang adalah hasil dari kehendak kita sendiri. Itu tak betul. Itu saya jaga. Hal begini semua kita orang Islam kena jaga.

Kedengaran orang berbisik saya berkahwin sehingga cukup kuota. Kelakar haih.. saya nak tambah lagi satu pun takut apalah lagi nak tambah sampai 4. Eh.. jangan silap. Bukan takut bini tapi takut Allah. Takut tak mampu nak berlaku adil.

Cerita2 begini juga buatkan hari2 saya jadi lebih tenang sampai ke petang.

Terima kasih.



Tuesday, October 8, 2013

Label

Tetiba ada kawan2 terdekat label gua sebagai seorang yang kuat melawan.
Dan ada yang berpendapat gua sangat lack communication skills.
Malahan ada yang kata I am not being myself. And that I am pretending.
Yang best sikit, ada yang chop gua sweet talker. Hahahaha..
Bini gua pun cakap macam tu.

Pheww.. susahnya nak telan at one go bila kita dilabel sebagai sesuatu yang kita rasa macam tak betul je bunyinya. Di tambah2 lagi bila orang yang berpendapat sebegitu cuma kenal gua dalam range 1 bulan ke 5 bulan je.

People passed judgement on daily basis. They are not to be blamed. We are entitled to form an opinion on what we observed. They could be right and they could be wrong but they can't be right and wrong at the same time. Can they?

And I am entitled to my opinion too.

Monday, October 7, 2013

Passion Gua

Rindunya masa2 lalu bila aktif shoot for wedding. That's a fact.
It all started with just taking some candid shots time budak opis kawin; si Dasrol dgn wife dia. Time tu guna camera phone.
Somehow, dari situ I started to write a blog on wedding. Tapi writing blog on wedding takes a lot of time. Pengamatan kena tinggi. Hampir semua benda kena pay attention. Dah la gua punya favourite food is nasi kenduri (ini ramai yang tak tahu). After a couple of weddings, I got malas and it stops there.
Some close friends in office, Hamid and Mat Rani ajak JV shoot for wedding. I took that opportunity to try something new. Maka kami wujudkan 'Kilas Pictures". Dgn camera cap ayam je gua bantai shoot sampaikan at the end tak tahu mana satu gambar nak pilih. Asal je pengantin bergerak sikit, our lenses mesti menghala ke situ. Time tu takder seni. Main hentam keromo saja. Tapi ada kenangan manis (sangat pahit untuk pengantin). Disebabkan kitorang lah kek pengantin setinggi 3 tingkat tu terbalik sebab kitorang nak tolong angkat kan meja kek. Kaki meja tersadung platform pelamin. Last2 pengantin potong kek setingkat. Time tu sedar 2 benda. First, jangan usik kek pengantin mahupun meja kek. Secondly, kalau tugas kita shoot photo, buat itu je.
Lepas tu kitorang try bagi quote kat some couples. Satu pun tak ada yang berani nak engage. Hamid nak charge mahal sebab dia buat matematik costing. Gua rasa kalau nak mula bertapak, charge mahal2 alamatnya takder client lah. So, kitorang go separate ways. Mat Rani retired and sibuk dengan cucu dia. Hamid pulak sibuk dengan hal dia upgrading camera dan gua teruskan hasrat nak jadi wedding photographer secara lone ranger.
Gua punya thinking time tu, gua nak cater for budget couples. So wujudlah blog budget photography gua dengan tagline yang hopefully menarik minat pasangan yg nak kawen. Charge sangat lah murah time tu. Mana nak dapat RM250 satu event. Couple nak mintak shoot apa pun, gua tak banyak kerenah. Follow apa saja derang nak. Semua gua shoot. Gua minta tolong adik angkat print kan flyer and gua distribute kat Karnival Pengantin di Stadium Shah Alam. Gler malu nak mampus time tu. Tapi once dah lepas beberapa couple gua approach, barula gementar tu hilang. Dan the rest was history. Alhamdullillah, dapat client from time to time.
Lepas dah agak confident sikit, baru lah gua cari jalan nak meluaskan pengaruh maka gua buat lah satu website dengan nama commercial yg related dengan photography. Alhamdullillah rezeki bertambah baik. Gua buat loan beli camera mahal dengan lense yang sesuai. Dapat bonus terus angkat Apple sebijik. Program pun beli yang ori. Orang kata kalau nak hasil yang baik, kena guna tools yang betul. Itu gua setuju.
Even, berani gua venture dgn kawan baik si Nik Cilikphoto dan lagi dua orang kawan Nik utk cari studio. Just in case ada client nak buat indoor shoot atau kat studio, tak payah nak kelam kabut sewa dengan orang. Kitorang sewa lot kedai kat Ara Damansara, convert jadi studio. Tapi malangnya lepas tu, ada yang tarik diri. Katanya nak benti shoot. Aleh2 rupanya still shooting. Partner gua time tu si Nik hangin la jugak sebab share kos studio dah jadi besar. Gua pun bengang cuma terpaksa maintain cool.
Bila dapat shoot dengan seni yang tertentu, kita jadi confident bila client nak shot2 tertentu. Bila dapat deliver apa yg derang nak, satu kepuasan yang sukar nak digambarkan. Gua boleh spend time berjam2 just nak make sure hasil gua terbaik. Weekend pun gua kerja. Dah la weekdays kerja opis. Anak bini dah macam terabai sikit.
Tapi tu lah.. lama2 duk buat benda ni, hati dah mula rasa sangsi. Rasa serba salah yang gua dah cerita kat posting sebelum2 ni. So gua decide to quit buat wedding photography secara serius. Studio yang disewa tu pun gua hintkan pada Nik yang gua nak quit. Tak dapat dipastikan apa reaksi Nik sebab lepas tu kitorang still in contact dan Nik tak pernah bangkitkan hal studio.

Hmm.. sejarah gua dalam wedding photography ni saja di jadikan posting di blog supaya one day my children will know apa gua punya passion selain dari jamming dengan djembe. Street drumming ni satu benda yang gua suka buat. Tapi dengan masalah dalaman tentang sapa nak take the lead membuatkan ianya tergantung begitu saja. Sedih pun ada jugak tapi apa boleh buat. Gua still mengetuk gendang bila ada masa terluang dan invite dari kawan2 terdekat.

Passion (from the latin verb pati meaning to suffer) is a term applied to a very strong feeling about a person or thing.
I've found mine. Have you find yours?

Sunday, October 6, 2013

Kau Tunggu Jap!

Bila marah tak dapat dibendung, kerap kali manusia akan melepaskannya macam bom. Meletup. Bukan senang nak sabar. Kalau mudah, Allah tak sebut berulang kali dalam Quran tentang, "orang2 yang sabar". Allah tak akan mengingatkan hambaNya supaya Sabar dalam banyak benda melainkan Dia sudah tahu bahawasanya sabar itu sesuatu yang sukar bagi hambaNya.

Samalah juga dengan berpuasa. Dalam Al Quran, cuma sekali disebut tentang peringatan berpuasa. Kalau tak silap dalam ayat yang terletak somewhere di tengah2 Surah Al Baqarah. Manakala, peringatan tentang menunaikan solat ni merata2 dalam Al Quran. Pelik kan? Tak pelik kalau kita faham sifat Allah. Allah Maha Mengetahui. Allah kan tahu kerenah makhluk ciptaanNya. Dia sudah tahu, manusia ni mudah menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi sukar nak solat.

Manusia ni pun kadang2 kelakar bila membesarkan anak. Bila masuk bulan puasa, diajar anak berpuasa bersungguh2 tetapi sepanjang kehidupan kanak2 mereka, solat pula tak menjadi sesuatu yang penting diajar bersungguh2.

Manusia lupa jika kanak2 faham kewajipan bersolat, kewajipan2 lain yang secondary seperti berpuasa atau membayar zakat akan menjadi lebih mudah untuk dia buat dan faham kenapa dia kena buat.

Hari ini ada orang hilang sabar dalam lif di tempat kerja saya. Saya tahu kenapa dia hilang sabar. Lif tu berhenti di hampir semua tingkat. Dia mungkin nak terkucil.

Hari ini ada seorang kawan yang hilang sabar kerana merasakan dia hilang hampir kesemua benda2 atau perkara penting yang berada di sekeliling dia selama ini.

Hari ini juga saya tengok budak kaunter kat Mc Donald tu ucap 'Selamat Datang' kat customer dia sebaik saja customer tu melangkah ke depan; dan customer tu pun dengan selamba tanpa rasa bersalah ucap 'Selamat Datang' jugak.

Hmmmph.. boleh bikin hilang sabar kalau begitu.


Tuesday, October 1, 2013

Abang nak tambah lagi satu?

Indahnya Islam.
Dijaganya wanita lebih dari dijaganya lelaki.
Orang yg tak paham dan belum Islam  mengatakan adalah satu penganiayaan keatas perempuan bila terpaksa tutup aurat lah, kena bermadu lah.. tambahnya lagi lelaki boleh kawen 4 dsbnya. Women rights diperjuangkan.

Cuba fahami ni..

Andaikan lah di dalam satu kampong tu ada seorang perempuan yg sudah berkahwin.
Dan ada pula seorang lelaki yang sangat2 suka kat dia.
Tapi dia tak boleh nak bersama dengan perempuan tu sebab perempuan tu dah berkahwin. Rugikan lelaki tu..?

Dia sayang dan suka gila tapi tak dibenarkan kahwin sebab perempuan tu dah kawin.

Sekarang.. bayangkan pula begini..

Dalam satu kampong tu ada seorang lelaki yang sudah berkahwin.
Dan ada seorang perempuan yang suka kan dia.. (mungkin sebab waraknya, atau ilmunya, rupa paras, harta dsbnya)
Maka oleh kerana suka, dia boleh berkahwin dengan lelaki itu WALAUPUN lelaki itu sudah berkahwin asal saja lelaki itu tidak mempunyai 4 orang isteri..

Nampak tak untungnya perempuan itu?

Maka jika seseorang itu bukan Islam, adalah mustahil dia akan nampak kenapa Islam menjaga wanita lebih baik dari menjaga lelaki.

Cuma, kadang2 orang Islam sendiri tak mencari pemahaman agamanya sebaik mungkin.. dan tak melihat indahnya deen itu dari pandangan mata hati.

Just imagine kalu semua orang paham.. takder punya orang nak marah bila bermadu.

Dalam Islam, isteri itu adalah ditanggung lakinya, betul tak?
Dan laki pulak kena sediakan semua yang perlu untuk menanggung isterinya.
Maka kalau ini dapat disempurnakan, maka dibolehkan pada dia menambah isteri.

Simple. Ke sukar?

Perempuan pula, jika faham redha suaminya itu memboleh kan dia masuk syurga dengan mudah pasti tidak akan menentang kehendak suaminya nak tambah isteri.
Menentang tu pun dah salah, sebab hukum Islam membenarkan. Hati2 ye..

Padahal, utk perempuan masuk syurga boleh bilang dengan jari apa yang dia kena buat.. jaga aurat, jaga solat, jaga kemaluannya, jaga keperluan suami dsbnya.. (rasanya tak sampai 10 perkara begitu)

Tapi yang sikit ini lah yg perempuan tak boleh nak buat, maka berduyun2 lah yang menuju ke neraka nanti. Nauzibillahiminanzallik

Nak handle ujian bermadu kena faham agama dahulu. Then baru jadi mudah. Sedangkan solat pun kekadang terlepas pandang, nah bagaimana nak face ujian2 lain dari Allah?

Sebab tu kalau orang lelaki faham agamanya betul2, dia susah nak tambah bini.. tanggungjawab dan syarat bersifat adil pada isteri2 bukanlah sesuatu yang mudah.
Apa anda sanggup tanggung dosa tak berlaku adil?
 
Dosa2 yang di bawa sendiri ni pun kalau boleh nak pass kat sesaper yang sanggup..

(Diinspirasikan dari kuliah Ustadz Nouman)

Friday, September 27, 2013

Sedut Racun

Orang banyak bising harga benda2 keperluan naik. Aku pun bising jugak cuma dalam hati saja sebab walaupun naik, perbelanjaan aku yang bertambah tu aku tampung dengan mengurangkan simpanan aku bulan2.

Agaknya satu hari nanti bila keperluan asas aku yakni rokok naik sehingga RM50 sekotak, aku mungkin akan mula bising di luar hati. Atau mungkin aku berpiket secara solo di depan kedai mamak yang pagi2 aku beli rokok tu. Mana tau kalau aku mula berpiket, akan ada perokok2 tegar lain yang turut sama berpiket. Pasti ramai yang panas dalam cuma khuatir kalau diluahkan jadi kera sumbang sorang2 (read: sekor2).

Secara psikologinya, perlu ada yang memulakan sesuatu.  Aku pasti kalau aku mula sorang, akan ada yang turut serta. Kalau tidak pun jika perlu, aku bayar derang untuk turut serta. Jika perlu lah. Lepas tu bolehlah bersandar tepi tiang sambil menyedut racun membicarakan keadaan ekonomi masa itu.

Hmmph.. perjuangan ini akan hambar jika diusahakan sorang tetapi hasilnya dikongsi satu Malaysia.

Wednesday, September 25, 2013

Test of Time

Needing and wanting of something pretty much relates to missing or losing that very same thing.

When I was still in primary school, Dad bought me a mickey mouse watch. You know, the one where you have Mickey's hands (or rather leg, since Mickey is a mouse) pointing out to the numbers. My sister somehow wore it to school and lost it. But I did'nt get mad at her. I guess when you are still young, you tend to loose things.

But only after not having it anymore, I came to realise the value of something that I have lost. The value is not tied to ringgit and cents but rather to the fact that it was my first watch. It had a sentimental value though. Since then, I never really got the hang of wearing a watch.
  • In secondary school, I carry around a watch in my pocket, minus the band.
  • Over the years, I bought cheap watches and lost it. Who bothers.
  • Watches, somehow is not a good birthday present for me.
  • Nowadays, no one look at watches to know the time, anyway. Handphones, remember?
In a relationship, be it pre-marriage or post-marriage, couples dont really realise what is the consequences of losing each other. They tend to see things which had somehow became too obvious and irritating that they wanted to get rid of those things. Well, you get rid of the bad ones, the good ones leave at the same time. You're getting rid of something that came in a package. Huh.. forgotten that fact my friend?

Lets keep things simple. As simple things will stand the test of time.