Sunday, September 15, 2013

Hari Warna Yang Satu.

Hari ini disebut Hari Malaysia.

Hari yang dikatakan bahawa Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak secara rasminya membentuk Malaysia.

Warna2 Malaysia.

Apabila kamu hanya mampu melihat satu warna.

Maka sambutlah.

Saturday, September 14, 2013

14 Sept 2013

Murder.. she wrote.
Itu tajuk satu citer bersiri kt tv waktu saya kecik2 dulu. Kalo lain generasinya mungkin rasa pelik sket. Tajuk pun dah pelik bunyinya. Tp citer dia best. Ttg seorg perempuan tua yg selesaikan kes2 murder.
Budak2 skrg mayb kurang layan tv kalo asek menatap skrin komputer shj.
Ok bai. Kepala pening.
Nak telan paracetamol 500mg cap Panadol.

Tuesday, September 10, 2013

Saya Minum Kopi

Saya minum kopi.
Kalau diberi pilihan antara milo mahupun teh dan kopi, saya pilih kopi.
Dan kopinya mestilah tanpa susu. Rasa berlemak dicampur susu melenyapkan kepahitan serbuk kopi. Kureng jadinya. Biar kopi itu hitam. Orang bilang hitam itu menawan. It must be of a near perfect mix between the sugar and the coffee powder. Any imbalance proportion would give a too sweet or a too bitter taste on the drink.
Samada kopi kampung mahupun kopi kota, dua2 boleh saja. Dua2 punya kick yang berbeza namun boleh diterima tekak samada duduk bersila ataupun di kerusi Restoran Ali Maju.
 
My Mum and Dad are coffee drinkers. Mum is still addicted to it, in so far as I can remember. Waktu kecil dahulu, seingatnya ketika di bangku sekolah rendah, sayalah yang menjadi tukang bancuh kopinya. Each and every time I made them the coffee, they will always remind me, "Gula bubuh sikit saja Abang".
Mum now drinks her coffee minus sugar. For health reasons, the intake is lesser than how it used to be. Probably Dad too drinks his coffee the same way. But one can never stop the caffeine intake forever. Lesser, maybe. Once a coffee drinker, always will be.
 
Untie Marie is the tea lady who makes coffee (tea too) for everyone at the firm where I spent 10 years of my life as an auditor. Rasanya dia dah pencen, by now.
When I left the firm to join a client of the firm, I paid the Admin Clerk with my own pocket money to make me 2 cups of coffee everyday. Kat company tu bahaya sikit. You simply can't ask people to do work that is not listed in their JDs. And making coffee is certainly not in hers.
Someone close to my heart used to make me coffees at the last company that I worked with, before I joined the current company. Usually, she would just tell me that my coffee is ready at the pantry without me even have to ask for one. Once she got married, I had to ask her at least 3 days in a row, on average, to mix one for me. Sometime, it was just like a request gone unheard. It's ironic that the attention had disappear together with my morning fix.
I won't tell you about how I occasionally get my coffees nowadays for reasons that should be left untold.
 
Each and everyone connected to these coffees are special as there are stories connected behind it and the memories they left are worth remembering.
 
Now you understand why a cup of coffee is a big deal for me though you may think that it is just about being friendly.
 
Care for a cuppa?
 

Monday, September 9, 2013

Falling

I am listening to songs by Yuna while writing this entry. Earlier today I came accross her blog. What caught my attention was the way she penned down her thoughts. They were like lyrics of her songs. It made you feel as if you're part of her stories. Her past seems to relate to your past one way or another. Up to some extent, you will feel like they are coincidences but on another you would probably think that people go through life the same way. The same path.

The first time I heard about her was probably like a couple of years ago. That song; 'Dan Sebenarnya' was like a lightning strike, shooting straight into your brain (and obviously your heart). It was certainly about love. Yeah, I know.. I know.. not another song review. I am not going to write any review about the song. Not to worry.

I did grab a copy of her album. Somehow I dont listen to her songs anymore. It will make you sad. It did that to me. You cant live your life with things of the past haunting you day and night. Decided, enough is enough. Thee he he..

But on another note. How can you not fell in love with her?

I know I did.





Wednesday, August 28, 2013

Mimpi Mainan Tidur

Saya susah nak tidur. Selalunya bila anak dan isteri nyenyak diulit mimpi saya masih lagi terkial2 memikirkan apa lagi yang nak dibuat.
In fact bila dah terasa sangat lewat dan masa tidur akan jadi pendek baru saya masuk ke bilik. Itupun, still dgn hp di tangan samada bermain game ataupun menjenguk fb sampailah mata terasa berat. Tandanya mengantuk tu bila mata tertutup tanpa kawalan ataupun hp terlepas dari tangan, baru lah saya tidur.
Maka, oleh sebab tidur yg sebegitu, saya sangat susah nak bermimpi. Sedar2 saja, dah pagi.
Tetapi bila bermimpi, saya akan tertanya2 ttg mimpi itu. Sekadar tertanya2 knp tapi taklah smp ke tahap percaya pada mimpi.
Pagi tadi saya bermimpi. Mimpi yang berbelit2 dan mungkin juga tak masuk dek akal. Seringkali bila kita bermimpi, mimpi itu kerap begitu. Berbelit2 tanpa hujung pangkal tak seperti drama dalam tv yang teratur dan berklimaks.
Ada 3 perkara yang saya ingat selepas terbangun.
Yang pertama tentang bisnes. Tentang plan bisnes nak buat hotel di kawasan tasik. Kelakarkan?
Keduanya tentang kekasih lama yang wujud secara tetiba secara bersahaja sedangkan dah agak lama saya tak in contact dgn dia kerana perselisihan faham. Ada adegan X-rated berlaku dan tak perlu diceritakan secara detail di sini. Dia hamil. Saya sempat menyentuh baby bum dia. Lagi kelakar kan?
Lastly, selipar jepun yg selalu saya pakai ke surau putus bila saya sarungkan kaki. Huh.. agak kelakar lah sehingga saya tanya Mr. Google apa maksudnya selipar yang putus. Now, ini tidak kelakar rupanya.
Tak percaya, tanyalah dia.

posted from Bloggeroid

Rezeki Itu Tidak Mati

Lately beberapa kematian orang yg dikenali secara direct atau indirect berlaku dalam tempoh yang singkat.
Kekadang, senyap. Kehidupan seolah2 sehingga infiniti.
Selalunya, bercakap tentang kematian, kita jadi risau. Yang peliknya kerisauan itu bukan tentang bekal yang kita bawa mengadap Yang Esa tetapi lebih kepada bekal duniawi yang akan ditinggalkan buat mereka yang bergantung pada kita. Lantas, insuran nyawa merupakan jaminan yang selalu dipekakkan ke telinga kita oleh agen2 yang seolah berada di mana2 sahaja.
Tapi kenyataan yang kita selalu lupa ialah rezeki itu ketentuan Allah. Maka jika kita tiada sekali pun di dunia ini, rezeki buat mereka akan sentiasa ada. Rezeki kita masing2 telah Allah tetapkan sejak roh ditiupkan pada jasad lagi. Atau mungkin lebih awal dari itu. Jadi wajarkah kita risau?
Belum pernah lagi saya dengar bila meninggal saja si pencari rezeki maka berduyun2 lah tanggungannya meninggal kerana tak cukup makan.
Rezeki itu hak Allah. Kita cuma sekadar dipinjamkan saja.

posted from Bloggeroid

Tentang Aniaya

Setengah2 dari kita sering lupa bila kita dianiaya, kita sebenarnya dalam keadaan yang sangat menguntungkan.
Tindakan refleks bila dalam keadaan begitu kerapkali ialah rasa sedih, murung dan tertanya2 mengapa kita yang terkena. Malahan lebih teruk lagi kita akan mencari akal cara yang bagaimanakah paling sesuai, berkesan dan lebih menyakitkan untuk membalas perbuatan orang yang menganiaya kita.
Pada waktu itulah syaitan mula berbisik dengan suara yang paling enak bahawa membalas dendam adalah pilihan terbaik buat kita.
Memang betul bila fikiran berkecamuk bercampur segala macam emosi negatif, kita mudah terikut2 perasaan.
Cara terbaik mengatasi masalah penganiayaan atas kita ialah berdoa. Minta, malahan merayulah pada Allah supaya kita diberi jalan keluar yg terbaik. Bila sampai kepada nak berdoa ni pun, syaitan tak akan berputus asa. Percayalah. Dia akan bisikkan pada kita bahawasanya dengan dosa yang banyak, mana mungkin Allah kabulkan doa kita.
Pada ketika inilah, kita harus sedar bahawa Allah sentiasa bersedia mendengar permintaan (doa) kita. Allah sebut dalam Al Quran berulangkali yang Dia akan mendengar dan makbulkan doa dan permintaan hamba2Nya. Itu janji Allah. Apa yang perlu kita lakukan ialah yakin bahawa Allah mendengar sepertimana kita yakin kewujudanNya.
Cara terbaik ialah yang pertama sekali mohon pada Allah supaya diampunkan dosa kita terlebih dahulu kerana kita leka dan lupa padaNya bila kita dalam keadaan senang. Buat solat taubat dulu. Istigifar banyak2. Wujudkan rasa kesalan yang bersungguh2 dalam diri kita. Kemudian, mohonlah pada Allah apa yang kita hajati.
Insyaallah, kita dicipta olehNya tak lain tak bukan ialah untuk menyembahNya. Mana mungkin sang pencipta mencipta sesuatu dan kemudian membiarkan ciptaannya terumbang ambing tanpa hala tujuan. Pencipta mana tidak sayang pada hasil ciptaannya?

posted from Bloggeroid