Wednesday, August 28, 2013

Rezeki Itu Tidak Mati

Lately beberapa kematian orang yg dikenali secara direct atau indirect berlaku dalam tempoh yang singkat.
Kekadang, senyap. Kehidupan seolah2 sehingga infiniti.
Selalunya, bercakap tentang kematian, kita jadi risau. Yang peliknya kerisauan itu bukan tentang bekal yang kita bawa mengadap Yang Esa tetapi lebih kepada bekal duniawi yang akan ditinggalkan buat mereka yang bergantung pada kita. Lantas, insuran nyawa merupakan jaminan yang selalu dipekakkan ke telinga kita oleh agen2 yang seolah berada di mana2 sahaja.
Tapi kenyataan yang kita selalu lupa ialah rezeki itu ketentuan Allah. Maka jika kita tiada sekali pun di dunia ini, rezeki buat mereka akan sentiasa ada. Rezeki kita masing2 telah Allah tetapkan sejak roh ditiupkan pada jasad lagi. Atau mungkin lebih awal dari itu. Jadi wajarkah kita risau?
Belum pernah lagi saya dengar bila meninggal saja si pencari rezeki maka berduyun2 lah tanggungannya meninggal kerana tak cukup makan.
Rezeki itu hak Allah. Kita cuma sekadar dipinjamkan saja.

posted from Bloggeroid

No comments: