Setengah2 dari kita sering lupa bila kita dianiaya, kita sebenarnya dalam keadaan yang sangat menguntungkan.
Tindakan refleks bila dalam keadaan begitu kerapkali ialah rasa sedih, murung dan tertanya2 mengapa kita yang terkena. Malahan lebih teruk lagi kita akan mencari akal cara yang bagaimanakah paling sesuai, berkesan dan lebih menyakitkan untuk membalas perbuatan orang yang menganiaya kita.
Pada waktu itulah syaitan mula berbisik dengan suara yang paling enak bahawa membalas dendam adalah pilihan terbaik buat kita.
Memang betul bila fikiran berkecamuk bercampur segala macam emosi negatif, kita mudah terikut2 perasaan.
Cara terbaik mengatasi masalah penganiayaan atas kita ialah berdoa. Minta, malahan merayulah pada Allah supaya kita diberi jalan keluar yg terbaik. Bila sampai kepada nak berdoa ni pun, syaitan tak akan berputus asa. Percayalah. Dia akan bisikkan pada kita bahawasanya dengan dosa yang banyak, mana mungkin Allah kabulkan doa kita.
Pada ketika inilah, kita harus sedar bahawa Allah sentiasa bersedia mendengar permintaan (doa) kita. Allah sebut dalam Al Quran berulangkali yang Dia akan mendengar dan makbulkan doa dan permintaan hamba2Nya. Itu janji Allah. Apa yang perlu kita lakukan ialah yakin bahawa Allah mendengar sepertimana kita yakin kewujudanNya.
Cara terbaik ialah yang pertama sekali mohon pada Allah supaya diampunkan dosa kita terlebih dahulu kerana kita leka dan lupa padaNya bila kita dalam keadaan senang. Buat solat taubat dulu. Istigifar banyak2. Wujudkan rasa kesalan yang bersungguh2 dalam diri kita. Kemudian, mohonlah pada Allah apa yang kita hajati.
Insyaallah, kita dicipta olehNya tak lain tak bukan ialah untuk menyembahNya. Mana mungkin sang pencipta mencipta sesuatu dan kemudian membiarkan ciptaannya terumbang ambing tanpa hala tujuan. Pencipta mana tidak sayang pada hasil ciptaannya?

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment