Thursday, November 28, 2013

Kehilangan Permata Hati

Semalam anak gua yang paling kecil berumur tak sampai 2 tahun tu hilang lebih kurang jam 7.30 malam.
Budak kecik umur macam tu memang belum pandai menilai risiko bahaya.
Dia berjalan keluar dari rumah tanpa disedari sebab pintu pagar tak bertutup rapat.
Dia memang laju kalau tak diperhatikan betul2. Laju memandangkan dia bolehlah dikatakan baru jugak lah 'mendapat kaki'.
Kebolehan dia menyelinap keluar menyebabkan tak ada orang perasan.
Gua pun tak berapa pandai nak menyelinap keluar dari rumah tanpa disedari sang isteri.

Nak cari time macam tu memang susah nak nampak sebab memang dah gelap sekitar waktu itu.
Cari punya cari, rupanya dia dah lebih kurang 50m ke 70m, berjalan jauh dari rumah.
Ada orang jumpa. Nasib baik.
Rasanya kalau lagi lama cari tak jumpa, pasti lagi jauh dia berjalan. Berjalan ikut sedap kaki melangkah.

Sang isteri sangat tersentuh, menitis air mata dia. Walaupun selepas dah jumpa.
Tak mampu nak bayangkan kalau apa2 yang tak elok terjadi.
Kena gigit anjing ke.
Jatuh dalam longkang ke.
Orang bawak balik buat anak sendiri ke.
Huh.. the list could go on and on.

Malamnya, Adam Qhaleef dapat layanan yang istimewa.
Kami tak mampu, walaupun sekadar nak berdiri, kalau dia betul2 hilang tak jumpa langsung.
Baru lah betul2 terasa pentingnya dia dan kewujudannya dalam kehidupan kami.

II
Nabi Ibrahim a.s. mendapat arahan dari Allah supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s.
Pastinya jika disembelih, maka hilang lah dari pandangan sesuatu yang sangat bermakna pada Nabi Ibrahim a.s., yakni seorang zuriat.
Sekarang baru gua dapat selami apa yang Nabi Ibrahim a.s. rasa ketika mula2 mendapat arahan yang sebegitu.

Hebatnya para Nabi2. Ketakwaan dan keredhaan mereka pada kepatuhan arahan Yang Maha Esa tak mampu digalas pada level yang sebegitu oleh sesiapa saja pada abad ini.

Kawan2 yang dihormati, beringat2lah dengan apa yang kita ada.
Kalau ditakdirkan kehilangan sesuatu yang amat berharga pada kita, mampukah kita menghadapinya?
Bayangkan lah.

Tuesday, November 26, 2013

Untitle 2

Gossip liar menular lagi
Susah jadi selebriti murahan
Kentut dalam diam; tiada bunyi
Tapi tetap orang bilang kuat berdentum
Bak mercun papan

Yang tahu cuma empunya diri
Tutup mata tutup telinga tutup hidung
Siapa pun terpekik
Siapa saja yang terlolong

Senyum persis Monalisa
Pasti nanti senyap lah jadi


Untitle 1

We are no strangers
Strangers don't realise the existence of the other
We are not simply friends
Because friends don't really long each other like we do
We are not a couple
Couples share their utmost secrets
We are not lovers
We don't make love. There is no intimacy.
We are just not definable
Non-definable
Indefinitely

Manage life

I

Bila beberapa orang kawan yang sama2 belajar dulu masing2 mula sambung belajar, hati gua tergerak nak turut serta. Rasanya dah sampai masa gua further studies. Memandangkan beberapa perkara dah gua settlekan sepanjang dua tahun yang baru lalu, gua rasa gua pasti boleh concentrate sambung belajar untuk tempoh dua tahun lagi.

Semalam gua kasik notice sama boss nak masuk lambat sebab nak hantar application form. Kalau tak kerana tujuan ini pun, gua agak pasti akan masuk lambat; sebab pagi tadi hujan turun sangat lebat. Beberapa jalan yang biasanya agak smooth, pagi tadi penuh dengan kereta yang berhimpit2, menyesakkan jalanraya.

Bergerak, cuma perlahan. Terhenjut2 macam siput.

Selesai urusan di IPTA, gua singgah sarapan di restoran mamak yang biasanya ketika bujang dulu adalah restoran mamak yang paling banyak gua buang masa melepak tengok ASTRO. Hidangan ruji gua teh tarik dan roti telur bawang garing adalah pilihan. Cuma gua perasan satu benda tadi pagi; teh tarik dah semakin kurang manisnya. Roti telur pun dah semakin kurang telurnya. Bawang dia je yang secukup rasa. Agaknya subsidi harga bawang masih belum ditarik balik oleh gomen.

II

From across the table, gua perasan ada seorang lelaki yang asyik memerhati gua dari gua mula duduk. Curi2 pandang, gua rumuskan dia seorang lelaki berbangsa India, agak berumur dan bertongkat, berkaca mata bingkai hitam persis orang muda. Seperti biasa dengan segelas teh tarik di atas meja.

"How are you?", dia menyapa sambil tersenyum. Menunggu peluang untuk membuka bicara lagaknya. Gua setakat senyum tak bersuara. Agaknya kalau pepagi suara gua masih lagi tak sampai ke anak tekak, berputar2 di dalam perut yang belum di isi.

Tetiba dia tanya gua kalau dia boleh tumpang makan semeja.

"Why not", gua balas. Gua memang tak pernah ralat kalau ada yang nak tumpang semeja. Apalah lagi kalau yang meminta seorang wanita. Dasar pria. Ada kemungkinan jugak gua yang melompat pulling out the chair for her. Tapi dia hanya seorang tua. Biar dia usaha - bisik hati kecil gua.

Dalam telo yang kadang2 gua jadi konpius, uncle ni bercerita tentang kisah dia.

Seorang ex Air Force.
Umurnya dalam lingkungan 60an. Pasti sudah pencen.
Dia kemalangan motorsikal setahun yang lalu, which explains kenapa dia bertongkat.
Katanya dia fasih berbahasa Cina, India dan juga Siam. Gua pura2 percaya.
Ada 3 anak lelaki yang dah besar panjang. Wife died a long time ago.
Dr. M idolanya. Katanya Dr. M berdarah India, dari Kerala. Gua pun sama.

Dalam berbicara, dia banyak memberi nasihat. Biasa lah orang tua memang suka begitu.
Semua gua dengar, satu persatu mirip seorang anak mendengar amanat bapa.

"Young man, I see that you don't talk much".

"Many people like to talk so I decided that I want to listen to your stories this morning".

Dia senyum. Gua pun senyum. Dan dia terus bercerita.

III

More often than not there are things we should not do in life.
For many reasons. Feeling guilty is one of them.
Sometimes we did'nt even realise we are already doing these things thinking we are still at contemplating stage.
Manage the guilt. Manage the outcome. Manage life.

#People change, things go wrong, shit happens but life goes on.

Wednesday, November 20, 2013

It is all about me

There are some important persons in my life who wanted (or contemplating) to do things that they think is right.

Not that I don't support you but, since I already knew you are taking wrong steps, and probably, will be a wrong decision, I have no choice but to tell you not to go ahead.

How do I know you are making a wrong decision?
Because I was there. And I went through the exact same thing.

And why am I making all this fuss?
For a very simple reason.

If you are not important, I couldn't be bothered.

And the thing with me is that if you go ahead, then please don't be around me.
I dislike stubborn people.

It's not about you but it is about me.

Monday, November 18, 2013

Appreciate

Do you still remember the last time you said THANK YOU?
No.. no.. I don't mean the one that you uttered day in, day out.
Not the one when someone pass you the ketchup across the table.
Not the one when someone give up their seats for you in a packed LRT.
Not the one when the fruit seller returned your small change.

Not those kind of THANK YOUs.
Those type of THANK YOUs have no meaning. Really.
We are just simply being polite.
We say THANK YOU because it was just proper to say those words at that very moment.

I am talking about the THANK YOUs that comes out straight from the heart.
THANK YOUs that we say when we really-really mean it.
When we really-really appreciate what others do for us.

I learned about those kind of THANK YOUs over the weekend.
Not that I did'nt know what THANK YOU really means but rather a reminder of what it means.

I said THANK YOU to the following people, in those order.
  • My former 'not so difficult' boss. Apparently it was his last day before retiring. What he said in reaction to my THANK YOU phonecall was worth remembering, forever.
  • My wife. It took her a day to respond. Probably she was shocked, as even I, cannot remember when was the last time I thank her.
  • Some of my staff in office. Though my appreciation extends to all of them.
  • My collegue, for which it took me a very long time to let go of the grudge I had on her before I could even uttered those words. It brought tears to my eyes when I finally did.
  • My other collegues. On various genuine reasons.
The next time you want to say THANK YOU, do take some time to really know and understand the real reasons.
It will give a feel-good effect on you.
And would certainly make the other person feel appreciated, I'm sure.

THANK YOU from the bottom of my heart.





Monday, November 11, 2013

Tips buat penjenayah

Dua tiga hari lepas, mamat security guard yang carik pasal merompak Ambank tu kena tangkap dah.
Nak kata PDRM tak cekap, tak boleh dan tak realistik. Sebab terbukti mamat ni dah kantoi kena cekup. Kat JB, kalau tak silap.

Kita harus faham, kalau dah memang kerja PDRM cari orang, mesti dapat cari punya. Chances utk orang buat salah yang besar2 ni seperti membunuh atau cubaan membunuh nak lepas sangat lah sukar. Bak kata pepatah, 'sepandai2 tupai melompat.. bla.. bla.. bla..'.
Namun still ada yang masih lagi belum kena cekup. Cumanya, yang belum kena cekup ni, orang ramai tak berapa prasan sangat statistiknya. Yang dah kena cekup je kuar berita kat semua media massa.

Di bawah adalah senarai tip utk penjenayah yang gua compile dalam tempoh yang sangat singkat:-

TIPS:-
  1. Nak selamat, jangan bawak handphone. PDRM dengan selambanya akan senaraikan je semua nombor yang berada di sekitar kawasan jenayah dan trace lokasi nombor tu kemudiannya. Eliminate je dari list tu mereka2 yang tidak mempunyai motif buat jenayah. Lepas tu pinpoint je beberapa orang yang tinggal dan cari sampai dapat.
  2. Muka kena tutup semasa buat kerja jenayah supaya CCTV tak bleh captured muka korang.
  3. Bercakap tu, ckp omputeh sebab ckp melayu ni senang nak trace ko indon ke atau ko melayu tulen atau ko lain2 bangsa. Scope nak identify kan dah reduce. Bagi ada slang sikitla bila speaking london tuh.
  4. Jangan tembak sesaper sebab kalau lu orang kena tangkap sangat susah nak lepas hukuman mati. Hukuman penjara bila kelakuan baik mungkin boleh release awal. Tapi ko kena merengkok gak ler.
  5. Sebaik je korang buat jenayah, terus belah keluar dari negara dan jangan balik2 lagi. Kalau boleh tu pergi lah sejauh mungkin. Tapi ini pun tak menjamin boleh lepas.. cuma mungkin boleh delay tempoh kena cekup je.
Nota Kaki - gua bukan nak promote lu orang jadi penjenayah tapi gua dah bosan dengan tahap indeks jenayah yang mencanak naik sekarang ni.

So, harap ini dapat membantu lu orang lepas dari kena cekup jadi statistik yang gua tengok tu lebih realistik jadinya; sebab penjenayah yang kena cekup berkurang, takde sesaper perasan.

Adios.





Thursday, November 7, 2013

Cinta manusia, biar saja.

I
Orang muda ketika bercinta semuanya indah belaka. Orang tua pun sama. Faktornya ialah sedang bercinta, bukan usia mereka. Betul kah begitu?
Ada wanita berpendapat bercinta dengan orang yang berumur nikmatnya berbeza. Layanannya istimewa. Mabuk asmaranya tahap dewa-dewa. Tambahnya, yang berusia lebih sabar melayan mereka bermanja. Lelaki muda kononnya pula tampak manja cuma bila nak mendayung bersama. Usai urusan, terus pengsan tak bermaya. Lupa nak mudik ketepian perlahan-lahan.

Ah.. kamu faham-faham saja lah. Jika belum faham, maka kamu sememangnya terlalu muda untuk perlu faham.

II
Cinta itu bukan boleh dibuat-buat.
"Cinta itu tidak semestinya memiliki", kata yang gagal dalam percintaan; tapi hati masih meruntun harap pasangan yang pergi kembali lagi.
"Cinta itu indah, dari hari ke hari", bisik pasangan veteran yang masih berpegangan tangan melintas jalan kampung yang cuma sekali dua ada kapcai menderu laju.
"Kamu cinta saya sampai bila-bila kan?", tanya Noor* pada kekasihnya yang baru minggu lepas selesai menduduki peperiksaan SPM.
"Ya!", tangkas respon si kekasih.
Sang kekasih cuma mampu membayangkan Mas* dipeluk erat atas ranjang. Tidak lebih dari itu. Dan tidak Noor.

"Aku sudah tidak percaya pada cinta", katanya.
Kata saya, cinta itu ada cuma ianya telah reda.
Biarkan saja.

*mungkin nama sebenar dan berkait rapat dengan yang masih hidup.

Monday, November 4, 2013

Awal Dan Akhir

Hari ini, selepas maghrib bermula lah tahun baru mengikut kalendar Islam.

Ada seorang kawan, hari ini ialah hari ulang tahunnya. Happy Birthday kawan. Semoga dia sentiasa ceria untuk setahun yang akan datang.

Ada seorang kawan, hari ini ialah hari yang meletihkan. Selamat berehat kawan. Berehat lah seenak2nya.

Ada seorang kawan, hari ini ialah hari yang dia tak pernah lupa mengingatkan saya supaya membaca doa awal tahun dan akhir tahun.

Mungkin dia telah lupa.

Tapi saya ingat.