Kata orang life begins at 40. Kata orang juga, jika kita leka tentang agama pada umur yang sebegitu, kita akan terus hanyut dengan hal - hal dunia, menunggu masa dijemput Izrail mengadap yang Esa.
Ya, saya leka. Saya leka dengan hal - hal dunia. Saya lupa dengan persediaan untuk menuju kehidupan yang kekal.
Seingat saya, telah dua kali saya cuba berubah, kembali mengingati Allah dan kehendak kehidupan sebagai seorang Muslim. Menangis teresak2 di depan Kaabah, memohon Allah ampunkan dosa - dosa lampau hanya untuk kembali ke tanah air dan kehidupan yang melaghakan kemudiannya, kembali bergelumang dengan dosa - dosa. Ketika itu, yang terlintas di fikiran, agaknya Allah telah melupakan aku lantas dibiarkan aku lupa pada Dia dan suruhan serta laranganNya. Menyalahkan kesemua yang berada disekeliling tapi tidak pada diri sendiri, fikir saya.
Saya masih ingat hari itu, awal tahun ini ketika saya ditanya apakah agaknya azam tahun 2013.. there and then yang terlintas ialah 3 perkara yang saya ingin sekali ubah dalam hidup ini, yang mana saya telah nyatakan di dalam posting yang terdahulu.
Sejak hari itu, saya paksa diri untuk selalu beristigfar kerana terbaca bahawa kalau kita beristigfar 100 kali sehari, Allah akan ampunkan dosa - dosa kita. Saya terfikir, "Aduh.. banyaknya seratus kali tu!". Entah macamana, ditakdirkan saya terbaca somewhere, kalau kita istigfar 20 kali setiap kali selepas solat yang 5, ianya jadi lebih mudah. Maka, itulah yang saya lakukan sehinggalah saya terbaca lagi kemudiannya setiap istigfar itu akan memadam satu titik hitam dalam hati kita. Baru lah saya sedar ketika itu bahawa itulah caranya Allah membisikkan pada saya untuk kembali padaNya. Dan ketika itulah saya sedar kesilapan saya dulu bila menyangka Allah telah lupakan saya.
Hidayah Allah datang lagi kepada saya dengan cara yang agak pelik selepas itu. Ditakdirkan, saya berdepan dengan seseorang yang telah dirasuk makhluk halus. Pada ketika itulah saya lihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa jin yang merasuk itu takut apabila azan dilaungkan di TV. Maka akal yang lemah ini terfikir, jika itu sahaja mampu meninggalkan kesan yang sebegitu pada dia, maka sudah pastinya, agama ini sangat benar. Bahawasanya ayat2 Allah di dalam Quran itu benar. Bahawasanya hari akhirat yang disebut itu benar. Dan dosa serta pahala itu benar belaka. Maka jika saya tidak bersiap untuk berdepan dengan Allah nanti sudah pastilah ke Neraka tempat saya akan dilontarkan! Membayangkan itu sangat menggerunkan.
Saya mula membaca terjemahan Al Quran supaya saya tahu kebenaran2 lain yang sebelum ini tak pernah saya berminat untuk ambil tahu.
Sejak dari hari itulah saya nekad membetulkan kesilapan - kesilapan yang lalu. Saya dekatkan diri dengan Allah dengan berbagai cara. Saya selalu cuba dengar bacaan ayat Al Quran. Saya nikmati kelunakkan bacaan Qari walaupun saya tidak faham apa yang di baca. Saya kembali menyambung belajar membaca Al Quran. Saya mencari sunnah2 Rasul yang banyak di internet dan cuba mengikut sebaik mungkin. Even, kalau nak masuk tandas pun sekarang ini saya akan pastikan kaki kiri yang melangkah dulu. Saya bercakap tentang agama pada isteri. Saya letakkan anak di sebelah ketika bersolat. Saya pangku di riba ketika berdoa. Saya bacakan doa dekat dengan telinganya supaya dia biasa mendengar ayat2 Allah.
Alhamdullillah. Hidup saya semakin tenang. Allah dengar rintihan saya ketika berdoa. Sehingga sekarang, telah beberapa kali apa yang saya minta dengan Allah, almost immediately Allah makbulkan. Sebak rasanya bila terkenang yang Allah masih sayangkan saya yang sebelum ini, nak sentuhkan dahi ke lantai bersujud pun punya lah liat.
Saya mahu kehidupan saya ini mencari redha Allah. Saya mahu supaya apabila sampai masanya nyawa saya dicabut nanti, saya mampu untuk tersenyum. Insyaallah.
Biarlah apa orang nak kata. Biarlah orang tidak mampu dan tidak mahu menerima saya yang telah berubah ke jalan yang betul. Yang penting, Allah mendengar dan terus memberi saya peluang untuk kembali pada Dia.
No comments:
Post a Comment